Pengarah dan penerbit, Michael Ang sememangnya terkenal dengan mulut lantang yang bukan sahaja menyuarakan pandangan mengenai rakan artis, bahkan termasuk isu semasa di media sosial.
Terbaharu, dia yang mesra disapa Mike mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada pengikutnya di laman Instagram selain mempersoalkan mengenai mentaliti segelintir masyarakat terhadap situasi ketika ini.
ARTIKEL MENARIK:‘DuIu Blik Btiga, Hari Ni PuIang Bdua’, F0to Shuib Pngku Bby Ayash Affan Undg Sbak Ntizen.
Menurut pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu, ramai golongan ibu bapa tidak berpuas hati apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh pembukaan sekolah kerana risau akan keselamatan anak-anak berikutan pandemik cov1d-19.’
Namun dalam masa sama, segelintir mereka berpusu-pusu keluar membawa keluarga beriadah di kawasan air terjun, pantai serta beberapa lokasi lain berikutan kelonggaran Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Selamat Hari Malaysia. Tapi layak ke kita sambut?
“Tak faham mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Bila sekolah nak buka, ibu bapa bising pasal tu dan ni, pasal keselamatan anak.
“Bila kerajaan bagi kelonggaran, kau orang boleh pula bawa anak-anak pergi air terjun, bercuti dan berkelah berpusu-pusu. Tak takut pula pasal anak-anak kau orang!.
“Tolong fahamkan aku pasal apa kau orang fikir dan nak? Satu lagi, tempat awam bukan tong sampah kau orang, jangan jadi sampah masyarakat ya!” luahnya hari ini.
Menerusi ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi masing-masing berhubung perkara tersebut. Mereka hairan terdapat ibu bapa sanggup ‘mempertaruhkan’ nyawa untuk ke lokasi yang sesak dengan pengunjung, sedangkan di sekolah lebih teratur mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Namun begitu, ada juga warganet berpendapat bahawa tidak semua ibu bapa bersikap ‘menggelupar’ untuk keluar ke tempat awam kerana masih bimbang akan jangkitan wabak berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : dnq.pw via Komedi Media
Post a Comment