Achey & Fad Kini Dalam Kumpulan Boro, Apa Jadi Dengan Bocey?

Selebriti verstail yang dikenali ramai menerusi kumpulan Bocey, Achey dan Fad mengumumkan penyertaan mereka di dalam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang akan bermula pada minggu hadapan (15 Oktober 2021).

Achey & Fad Kini Dalam Kumpulan Boro, Apa Jadi Dengan Bocey?



Bocey Masih Ada


ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] DSV Terkena Buatan Orang, Mohon Doa Kembali Sihat


Bagaimanapun, kedua-dua pelawak ini membuat kejutan dengan memperkenalkan Atu daripada kumpulan Zero sebagai ahli kumpulan mereka yang terbaharu.Malah, nama Bocey juga telah ditukar kepada Boro. Ketika ditanya Murai.my mengenai perubahan nama tersebut, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata ia hanya bersifat sementara dan nama guna Boro digunakan untuk penyertaan mereka bersama Atu dalam MLM kali ini.


Malah, Achey juga berkata Bocey akan sentiasa tersemat pada nama mereka apatah lagi ia merupakan kenangan bersama sahabat karib mereka yang juga pelawak terkenal, Abam Bocey.

“Tiada istilah merampas sesiapa kerana ini merupakan projek khas kami

“Malah kami juga masih dikenali sebagai Bocey. Untuk projek ini kalau kata rezeki mungkin kami akan teruskan kita tengoklah nanti

“Persiapan pula sama sebelum ini. Bak kata Datuk AC Mizal, ia ibarat ‘world cup’ untuk semua pelawak dan kami harapkan dapat buat yang terbaik” kata Achey

Zero Hormati Keputusan Atu 


Bagi penyertaan Atu pula, tiada istilah bergaduh diantara adik-beradiknya Sharif dan Syaiful di dalam Zero. Menurut Sharif, dia menghormati keputusan Atu untuk mencari ‘angin baharu’ dan dalam masa yang sama turut berbesar hati apabila pelawak Danial Zaini akan sertai mereka melengkapkan trio Zero.

“Mana mungkin kami bergaduh adik-beradik. Kami menerima keputusan Atu dengan hati yang terbuka

“Kami ‘bergaduh’ pun nanti mungkin di atas pentas bersama kumpulan-kumpulan lain” dedah Sharif

Achey dan Sharif ditemui Murai.my secara virtual di majlis sidang media perkenalan peserta-peserta MLM 2021 pada petang Khamis. Masih mengekalkan pengacara popular Datuk AC Mizal sebagai hos, MLM2021 yang bertemakan ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’ akan bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam selama 10 minggu.

Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).


loading...




Beberapa kelainan ditampilkan bagi memberi nafas baharu dan suntikan yang lebih segar kepada keseluruhan latar persembahan MLM 2021. Di antaranya dengan memperkenalkan karakter juri misteri atau Naga Juri, yang juga merupakan salah seorang dari empat (4) orang lagi Juri Tetap. watak Naga Juri hanya akan didedahkan secara rasminya di pentas akhir MLM 2021 kelak.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم