Foto sekadar hiasan. Perkongsian pengalaman saya untuk dijadikan teladan dah iktibar kepada pembaca. Lepas selesai menunaikan solat jumaat. Pak-L mai habaq kat saya suruh buat keranda sebab ada 1 keranda yang tinggal.
Saya pon balik rumah salin baju. Dalam perjalanan nak ke msjid saya selisih dengan Pak-L. Dia panggil suruh saya mai kat dia. ”ni hang nak p mana?” saya bagitau ”nak p buat keranda kat msjid.”
ARTIKEL MENARIK:17 Tahun Xpernah Jumpa Atok Dan Nenek Di Kampung. Diam2 Aku Balik Nak Jumpa Atok Bekas ‘Komando’ Katanya. Bila Tok Imam Kampung Situ Tahu Sapa Atok Aku Terus Dia Mengucap Panjang.
terus Pak-L cakap ”hang buat esok. La ni p pasang kain kat keranda yang ada. Dah siap hang balik siap-siap pukui 3 aku mai rumah.
Ada jnazah satgi Cik-Z hang nak bagi mandi” Terus saya p msjid pasang kain kat keranda. 15minit lepas selesai pasang kain, saya balik bersiap untuk tugasan yang berikutnya. Lebih kurang 10minit lepastu Pak-L datang ambik saya kat rumah.
Masa ondewei tu saya tanya Pak-L ”deraih semacam ja ni. Depa nak pakai tempat mandi ka?” Pak-L jawab ”depa mandi kat rumah.
Satgi dah setel hantaq pasang tempat mandi kita p makan sat.’ saya pon ok ja sebab jnazah yang nak diurus ni jnazah pompuan. Orang rumah Pak-L yang uruskan.
Lebih kurang 15minit kami sampai ja kat rumah jnazah saya turun van dan bagi salam kat semua yang ada. Bergegas kami buat keja pasang tempat mandi sebabnya jnazah nak dikebumi pukui 5pm.
Masa saya dok keluaq masuk ambik barang2 tempat mandi, saya dengan tak sengaja terpandang jnazah.
”Allahu.. Cantiknya arw4h. Muda2 Allah dah panggil” cakap saya kat dalam hati. Selesai pasang tempat mandi kat dapoq saya bagitau kat Cik-Z yang tempat mandi dah siap.
Saya cakap kat Cik-Z ”4.30pm satgi kami mai lain.” Pak-L pon bagitau kat waris benda yang sama. Lepas pada tu kami mintak diri buat sementara waktu.
Kami pon bergerak ke kedai makan yang nak dituju. Tak jauh pon lebih kurang 10minit macam tu.
Sampai kawasan kedai makan Pak-L suruh saya turun dulu sebab Pak-L nak p parking van.
Berjalan masuk terus saya disambut tuan kedai ”terlebih hensem pakcik tengok hang harini dik” saya jawab ”puji semacam ja ni.
Nak buat saya jadi menantu ka?” tau2 Pak-L bersuara kat belakang ”dok dengaq hangpa menyembang bukan boleh kenyang pon.
Jangan tanya, order macam besa” tuan kedai gelak ja. Pak-L bersuara ”aku bawak hang mai nak makan bukan suruh hang juai minyak” saya gelak sambil cakap ”masuk kedai tadi terus kena puji dah alang2 kena la try kot laku ka” Pak-L renyeh ja tengok saya.
Makanan pon sampai. Tuan kedai tanya ”ni hampa urus jnazah mana?” Pak-L jawab ”jnazah pompuan harini. Bini aku yang urus..
Aku jadi driver ja” selesai ja makan kami mintak diri nak bayaq. Tuan kedai tak mau ambik duit katanya dia belanja.
Allahu segan pulak kami dibuatnya. Ucapan terima kasih tak henti2 sebab tuan kedai berkongsi rezeki dengan kami dihari jumaat yang penuh barakah ni.
Naik ja van Pak-L cakap ”kita p isi minyak dulu baru kita p cuci tempat mandi” saya ok ja. Janji keja selesai. Sesudah isi minyak van terus kami menuju ke rumah jnazah.
Sampai ja kami kat rumah jnazah, Pak-L tiba2 jadi lantang ”hang tengok adab budak zaman la. Punya hlang rasa malu ada yang mai ziarah pakai baju t-shirt seluaq ketat ketat.
Pakai tudung tapi tunjuk rambut kaler2” saya jawab la ”sabaq Pak-L. Kalau nak marah pon jangan tempik kat saya”
Saya turun ja dari van bagi salam saya terdengaq dari dalam rumah Cik-Z panggil saya.
Jadi segan saya nak masuk sebab pompuan2 yang Pak-L cakap tadi penuh kat depan pintu masuk. Nasib ada sorang pakcik ni bersuara ”hangpa buat sesak jengoi ramai2 depan pintu ni buat pa? Tak reti segan ka?
Hangpa p dok tempat lain. Bagi orang habis buat keja dulu satgi tengok” saya senyum kat pakcik tu sebagai tanda terima kasih.
Masuk ja dalam rumah, saya tengok muka Cik-Z berubah sambil bertanya ”dalam van ada kain kapan dengan minyak atar lebih dak?” saya jawab la ada.
Terus Cik-Z suruh saya ambik. Lepas bagi kain kat Cik-Z, saya dengan Pak-L terus p dapoq nak cuci tempat mandi. Sebab tempat mandi ni kami cuci nak dijadikan pengusung pulak. ”hang ambik kat aku sarung tangan kat sinki tu” saya pon bagi kat Pak-L.
Masa cuci tu Pak-L tanya ”hang bau dak apa yang aku bau?” terus saya buat isyarat ”sshhhh” sambil tu saya tengok muka Pak-L yang nak termuntah.
Selalunya lepas guna tempat mandi mesti akan bau ayaq kemeyan dengan ayaq serai wangi. Kali ni bau hanyaq kuat sangat.
Nak kata ada d4rah kat tempat mandi ni masa cuci tak nampak pon. Saya pon diamkan diri.
Habis selesai cuci tempat mandi, saya lalu sambil pegang barang2 yang nak disimpan dalam van.
Bau yang kat dapoq tadi tu ada kat ruang tamu. Saya pelik sambil cakap dalam hati ”Allah nak tunjuk apa lagi kat aku ni”
Selesai simpan barang dalam van, saya dengan Pak-L angkat pengusung dengan keranda masuk p kat ruang tamu. Cik-Z bersuara ”sapa2 nak tengok arwaah boleh masuk” ramai yang masuk, sambil tu saya tengok sekeliling, ramai yang masuk tutup separuh muka dengan tapak tangan.
Saya rasa mungkin bau hanyaq kuat sangat kot. Saya bau jugak tapi tahan ja. Dalam ramai2 tu sempat la saya intai2 nak tengok muka arwaah.
Terkejutnya saya tengok muka arwaah berubah jadi gelap berjelaga. Saya rasa mushkil terus alih pandangan keatas sambil pikiaq ”Allahuakhbar. Apa lagi Allah nak tunjuk kat aku ni?”. Cik-Z tanya kat mak arwaah ”ada sapa2 nak tengok lagi?”
Terus mak arwaah jawab ”ni kawan2 dia nak tengok” terpandang saya dengan Pak-L sesama sendiri sambil berkerut dahi.
Terkejutnya saya dengan Pak-L tengok budak2 yang berpakaian kurang sopan tadi tu kawan2 arwaah. Sambil tu saya tengok Cik-Z gelengkan kepala tengok depa.
Mohon seribu kemaafan dari saya kerana terpaksa pendekkan cerita sebab taktau nak menceritakan tanpa mendedahkan aib arwaah.
Setelah selesai solat jnazah kat rumah,jnazah dimasukkan kat dalam van. Saya tanya kat waris ”3 orang waris boleh naik van sekali” tapi takda sorang pon yang nak naik sebab bau hanyaq tadi makin kuat.
Setibanya kami kat kawasan perkburan, dah turunkan jnazah dari van. Saya terbau yang kurang menyenangkan dari kuboq yang dikorek.
Pakcik2 yang korek liang terkejut bila bukak ja penutup keranda tengok ikatan tali yang kat badan jnazah putus sebab bahagian aurat arwaah semakin mengembang dan berayaq.
Masa nak turunkan arwaah dalam liang saya perasan takdak sorang pon kawan yang dekat. Saya tengok ramai kawan2 dok jauh dari arwaah. Saya tengok ada yang termuntah.
Takdak sorang pon kawan arwaah yang berani datang dekat. Mungkin sebab tak tahan terlampau berbau sampaikan saya sendiri pon rasa benda yang sama. Kot mana pon nak taknak saya kena tahan jugak.
Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ni. Allah nak tunjukkan bertapa pentingnya menutup aurat bagi k4um wanita sampaikan arwaah dikapankan dengan 8 helai lapisan kain.
Ramai macam mana pon kawan yang kita ada takdak sorang pon yang nak tolong kecuali amal ibadah kita sendiri.
Peringatan saya untuk semua kita tak tau keadaan pengakhiran kita nanti macam mana.
Mati tak mengenal usia. Jika kurang menarik jalan cerita yang saya kongsikan ni saya mintak maaf sebab banyak part yang saya terpaksa skip atas sebab taknak mengaibkan.
Semoga apa yang saya sampaikan ni dapat membuka hati para pembaca cenderung lebih kepada menitik beratkan tentang aurat.
Marilah kita sama2 doakan kebahagiaan dan segala amal ibadah arwaah diterima disisi Allah SWT.. Semoga arwaah ditempatkan dikalangan wanita2 solehah disyurga Allah.. Aaminnnn.
Ini antara respon dari netizen.
Ahmad. bagus apa org2 yg lalai pg tgk member mninggal , nak dikburkan . mana tau bila ziarah m4yat , ziarah kbur , hati dia dijentik . tak patut lah nak jerkah2 org sebab luarannya je . boleh cakap elok2 . tu punca yang jauh makin jauh .
Farah. Masa arwaah ayah sy nak dimandikan dua tahun yg lalu,sy tgk muka arwaah ayah bersih sgt dan seakan tersenyum je. Semasa dia hidup,mulutnya sentiasa brzikir memuji keagungan Allah.
Abu. Pernah tgk jnazah perempuan. Masa tu aku kecik lagi. Muka tersenyum, wangi satu rumah. Bau mcm bunga lavender. Mninggal lepas lahirkan anak dia. Selang seminggu lepas tu suami dia dgn baby pulak mninggal kem4langan.
Bonda. Just berkongsi pengalaman….2 hari sebelum mninggal dunia di hspital, nurse mnceritakan si polan yg sedang skit ni spt nampak anak2 tahfiz berpakaian putih sedang mengaji dihadapannya dikala tengah mlm…
pada esok pagi si polan ni sedekahkan duit utk blnje mkn kpd semua nurse di wad….itulah akhiran sebelum dijemput ilahi…pda masa urusan jnazah….
amat mudah sekali…dimandikan, dikapan, solat seterusnya dikebumikan…
Alfatihah(dibaca) arwaah hj sulaiman bakar, guru agama bandar tun razak K.L
Suhana. Arwaah saya dulu salah sorang yg menguruskan jnazah n solat jnazah…saya lihat arwaah ayah sgt jaga lisan dr bercerita, dan satu perkara yg arwaah ayah amalkan apabila setiap kali uruskan jnazah,
beliau akan solat sunat hadiah (maaf kalau silap)…saya kagum dengan setiap amal beliau lakukan kerana selalu mengingatkan pd ank2 tentang kematian.
Naazira. Bgs la share benda cmni dr dok share bab cinta, bab sondol laki org. Bab kematian ni kita kena saling ingat mengingatkan. Mana tau da yg baca blh dpt hidayah. Hrp kalau da kisah cmni, tlg share lg
Meena. Kalau ada lagi pengalaman2 menarik, kongsi la lagi. Untuk pengajaran kami2 yg x bpeluang rasa pengalaman macamni. Utk iktibar.
Shafi. Bagus cerita macam ni…pelajaran utk yg hidup. Sy ada baca 1 kisah maknyah dikapankan. Sangat sedih keadaan jnazah – Allah tunjuk utk pelajaran yg hidup.
Sumber IIUM via Trending Kini
Post a Comment