Bandingkan Diri Dengan Mamat Khalid, Netizen Bidas Rintihan Aziz M Osman

Pemergian pengarah terkenal, Allahyarham Mamat Khalid masih dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi para penggiat seni tanahair.

Bandingkan Diri Dengan Mamat Khalid, Netizen Bidas Rintihan Aziz M Osman



hasil karya sutradara yang terkenal dengan filem berbentuk komedi dan sinikal ini pasti akan dirindukan kita semua. Hal yang sama turut yang dirasakan oleh pengarah, Aziz M Osman menerusi tweet terbarunya di laman twitter peribadinya.

ARTIKEL MENARIK:“Komen Ini Paling Kelakar”- Mawar Karim Terhibur Dilabel Sebagai ‘Batak Perhatian’


“Mat, aku tak akan boleh jadi macam kau #mamatkhaliddalamkenangan”

Seperti yang dilaporkan oleh Getaran MY, Aziz antara sutradara tempatan yang rapat dengan Mamat malah persahabatan mereka di antara mereka mula terjalin sejak era 90-an. Ketika itu Aziz bertugas di syarikat produksi Nizarman Sdn Bhd.


loading...


Aziz Ada Niche Sendiri

Walaubagaimanapun, kenyataan yang dikongsikan oleh Aziz ini telah dibidas oleh para netizen di laman twitter. Rata-rata mereka tidak bersetuju dan menganggap Aziz dan Allahyarham Mamat Khalid memiliki kelebihan masing-masing.

“Uncle Aziz dalam kategori sendiri, ada niche sendiri, ada legasi sendiri, ada peminat sendiri. Sama dengan Pak Mamat, Uncle Aziz pun dah banyak keluarkan filem hebat. Sama2 bagi sumbangan banyak dekat perfileman Malaysia Teruskan ke depan Uncle”- tulis akaun @_mrishaq

Kedua-duanya Sama Hebat


Foto: Facebook Aziz M Osman

Dalam pada itu, seorang netizen merasakan kedua-dua pengarah ini sama-sama hebat dan memiliki hasil kerja yang menakjubkan.

“Sejujurnya anda sama-sama hebat. Awak dan Mamat Khalid telah menggembirakan saya dan ayah saya. Tanpa anda, Mamat Khalid dan Yasmin Ahmad, saya tidak tahu sama ada saya akan menonton filem buatan Malaysia atau tidak. Jadi terima kasih banyak atas kerja-kerja anda yang menakjubkan!”- tulis pengguna twitter dengan akaun @justmoomin.

Berharap Legasi Arwah Dapat Diteruskan

Tak kurang juga yang berharap Aziz dapat meneruskan legasi Allahyarham Mamat Khalid dengan membawa kisah-kisah rakyat ke layar perak.

“Dia satu, tiada duanya. Itu tentu. Tapi, bagi kami, abang penerus legasi arwah yang sesuai untuk bawa kisah-kisah rakyat ke skrin TV dan layar perak.” tulis akaun twitter @Mr_Dixxy.

Nampaknya begitu ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Aziz disaat dia kehilangan orang yang tersayang. Difahamkan Aziz sempat bersama Allahyarham Mamat Khalid di saat-saat akhir di hospital. Malah dia berpeluang mengucapkan selamat tinggal kepada arwah dalam momen yang sangat intim.

“Saya rasa tenang kerana saya dapat meluangkan detik-detik terakhir saya dengan arwah di hospital. Saya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada Mamat dalam momen yang sangat intim,” katanya kepada Getaran MY.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم