Berita Gembira!! PM Umum Bantuan RM500 Akan Dimasukan Kedalam Penerima Yang Layak Mulai 26 Oktober 2021

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM 500 secara sekali beri kepada individu yang hilang pendapatan, akan dibayar mulai esok.

Berita Gembira!! PM Umum Bantuan RM500 Akan Dimasukan Kedalam Penerima Yang Layak Mulai 26 Oktober 2021



Bantuan ini adalah sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.

ARTIKEL MENARIK:‘Mereka Kaya, Mereka Lupa’!- Pu Syed Selar Penganjuran Konsert Terbesar Di Arab Saudi


Perdana Menteri berkata, bantuan itu akan diberikan kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.


“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas a.kibat p.andemik C0VID 19 sentiasa terbela.

“Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP sebanyak RM 500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021.

“Semua bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM 434 j.uta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


loading...


Dalam satu kenyataan pada 26 September lalu, Ismail Sabri memaklumkan beberapa bentuk bantuan, antaranya BKP, akan diberikan kepada penerima yang layak dan dijadual akan disalurkan pada bulan ini hingga Disember depan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan pemberian BKP kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.

Katanya, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok, melalui Portal BKP iaitu.

“Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih menc.abar ini,” katanya.

Kredit : BH via Trending Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم