Buat video ‘prank’ mahu tampar orang, YouTuber sedang dikesan polis

Polis sedang mengesan seorang YouTuber dan rakannya yang menghasilkan satu video kononnya ingin mencederakan orang awam di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Buat video ‘prank’ mahu tampar orang, YouTuber sedang dikesan polis



Polis sedang mengesan seorang YouTuber dan rakannya yang menghasilkan satu video kononnya ingin mencederakan orang awam di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur. Menurut laporan Sinar Harian, video tersebut memaparkan mereka melakukan ‘prank’ dengan mengacah-acah untuk menampar individu yang sedang menaiki eskalator.

ARTIKEL MENARIK:Terbongk4rrr!! Giliran BekasSuami Cerita Hal Sebenar


Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, video itu dikesan pihaknya menerusi sebuah akaun halaman di Facebook petang semalam namun tidak dapat dipastikan bilakah kejadian tersebut dirakam.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi. Sebarang pelanggaran yang menyalahi peruntukan undang-undang boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta saksi atau individu terlibat untuk tampil membantu siasatan ataupun sebarang maklumat boleh menghubungi hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222.

Terdahulu, seorang pengguna laman Twitter @yoursturulypir berkongsi sedutan video ‘prank’ berkenaan mengecam tindakan YouTuber terbabit yang disifatkan ‘sampah’ kerana cuba menakut-nakutkan orang awam.


loading...


Ada 2 gadis berlari ketakutan tau!

Selepas bertubi-tubi dikecam warganet, YouTuber itu dan rakannya tampil memohon maaf atas perbuatan mereka di saluran YouTube. Namun ‘nasi sudah menjadi bubur’, ia sudah menjadi satu kesalahan jenayah.

Sumber: Sinar Harian , Twitter @yoursturulypir via Oh My Media


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post