Mungkin anda pernah tertanya-tanya macam mana agaknya mereka yang mempunyai rambut kembang menjaga rambut mereka terutamanya semasa mandi.
Bagi menjawab pertanyaan yang selalu ditanya ini, seorang lelaki telah menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku pada rambut kembang ketika dibasahkan.
ARTIKEL MENARIK:Bakal Suami Kant0i Dah Ada Isteri, Gadis Cantik Batal Nikah Dengan Ustaz
Video tersebut juga berjaya menarik perhatian ramai terutamanya apabila ia meraih hampir lima juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat cubaan lelaki ini menunjukkan perbezaan rambutnya sebelum dan selepas dicelup di dalam air.
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini dilihat berada di dalam kolam renang bagi menunjukkan perbezaan rambutnya itu. Malah turut dapat dilihat, rambung kembang yang dimilikinya itu berada dalam keadaan yang kering seperti yang selalu dilihat.
Lelaki itu kemudian mula menenggelamkan dirinya di dalam air untuk beberapa saat bagi membasahkan rambut itu. Selepas beberapa saat, lelaki itu timbul di permukaan air bersama keadaan rambutnya yang menutup keseluruhan muka.
Apa yang menarik perhatian ialah rambut kembang itu langsung tidak basah malah kembali semula kepada bentuk asalnya selepas dikibas. Malah rakannya yang merakamkan video itu turut sama berdekah melihatnya dan menggelarkan rambutnya sebagai kalis air.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat cubaan lelaki itu membasahkan rambutnya. Ada juga yang berseloroh baru pertama kali tahu rambut kembang seperti itu boleh menjadi kalis air walaupun selepas direndamkan di dalam air.
“Weh first time baru tahu.”
“Rambut waterproof.”
“Rambut dia kalis air lah.”
“Sudah ku duga pasti kering lagi.”
SUMBERTIK TOK
إرسال تعليق