Dahsyat, Kadar Kes Perceraian Harian Dalam Tempoh PKP Amat Membimbangkan.

KUALA LUMPUR: Terdapat hampir 140 perceraian yang difailkan sehari dari Mac 2020 hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Menteri Undang-Undang Mas Ermieyati Samsudin.

Dahsyat, Kadar Kes Perceraian Harian Dalam Tempoh PKP Amat Membimbangkan.





ARTIKEL MENARIK:“Bagi la kejap!” – 3 tahun tak jumpa, wanita rindu peluk anak dihalang bekas suami



Beliau memberitahu Dewan Rakyat sejumlah 66,440 perceraian telah difailkan oleh pasangan Islam dengan mahkamah syariah melalui sistem e-syariah dalam tempoh 18 bulan.

Selangor menyaksikan kadar perceraian tertinggi dalam kalangan umat Islam dengan 12,479, diikuti Johor (7,558), Kedah (5,985), Kelantan (5,982), Perak (5,921), Terengganu (5,098), Pahang (5,058), Sabah (4,010), Wilayah Persekutuan (3,854), Negeri Sembilan (3,473), Pulau Pinang (2,978), Melaka (2,402), Perlis (1,081) dan Sarawak (561).

Dalam kalangan bukan Islam, 10,346 perceraian difailkan dari Mac 2020 hingga Ogos 2021, dengan Selangor paling tinggi sekali lagi dengan 3,160 permohonan.

Ia diikuti oleh Kuala Lumpur (2,893), Perak (1,209), Johor (1,197), Negeri Sembilan (861), Melaka (449), Pahang (386), Kedah (76), Kelantan (45), Perlis (41) dan Terengganu (29).

“Ini bermakna terdapat purata sekurang-kurangnya 18 kes perceraian dalam kalangan bukan Islam setiap hari.


loading...


“Bagi orang Islam, satu hari ada kira-kira 121 kes. Dalam satu jam, sekitar lima pasangan memohon perceraian. Ketika kita tentang berbincang di sini, ada orang yang memohon untuk bercerai,” kata Mas Ermieyati.

Bagaimanapun, beliau berkata angka dalam kalangan orang Islam hanya melibatkan mereka yang memohon perceraian dengan mahkamah syariah, sambil menambah bahawa ia tidak bermakna semuanya telah diluluskan dan akan berakhir dengan perceraian.

Beliau menjawab soalan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanyakan statistik perceraian sejak Mac 2020, ketika perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan, sehingga kini.

Sumber: Free Malaysia Today via KHALIFAH MEDIA NETWORKS


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post