DSV ‘Ceroboh’ Rumah Iqbal Bagi Cincin Pukul 3 Pagi – “Terkejut Saya Keluar Tak Pakai Baju Tak Pakai Seluar”

Usahawan dan bakal penyanyi, Iqbal Zulkefli terkejut dengan kedatangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida ke kediamannya seawal pukul 3 pagi pada Sabtu.

DSV ‘Ceroboh’ Rumah Iqbal Bagi Cincin Pukul 3 Pagi – “Terkejut Saya Keluar Tak Pakai Baju Tak Pakai Seluar”



Jelas Iqbal, tindakan Vida seakan-akan menceroboh kawasannya itu tanpa dirancang biarpun telah merahsiakan alamat kediamannya daripada pengetahuan sesiapa sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK:“Bukan Filter Ye”- Bib1r Bengk4k, Harris Anuar Syukur Dapat Rawatan Awal!


“3 pagi, terkejut. Mana dapat alamat ni. Aduh, tak faham betullah. Tanpa bagitahu pun mahu datang. Terkejut saya keluar tak pakai baju tak pakai seluar. Tadi nasib baik gelap,” kata Iqbal dalam sepotong video yang dimuat naik di media sosialnya.

Dalam video berkenaa, Vida memegang sebentuk cincin permata jenis tanzanite biru sambil memakainya di hadapan Iqbal.

Kata Vida; “Nak cakap apa, I nak datang meminang?”

Selain Vida, sesi pertemuan itu turut ditemani anak terunanya, Kacak yang muncul bersama kereta pemandu peribadi mereka.

Tegas Iqbal, dia tidak berupaya memberikan layanan baik kepada tetamunya yang muncul secara mengejut dan akan memulangkan semula cincin yang telah dihadiahkan kepadanya itu.

“Kedatangan Datuk Seri Vida di rumah saya jam 3 pagi tadi tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada bulan September. Saya keluar tanpa pakaian penuh kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa.

“Saya layan sahaja dengan emosi yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali. Saya sebenarnya penat begini,” tulis Iqbal.

iqbal-dsv-ceroboh-header-1.png

Dalam hantaran sama, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan mempertikaikan kebenaran untuk kenderaan milik Vida memasuki kawasan rumahnya pada lewat malam.

Terdahulu,

Iqbal Dedah Berapa Caprice Minta Untuk Buat Lagu Memang Tak Masuk Akal Siap Suruh Buat Perkara Memalukan Diri

PicsArt_10-15-06.31.46-678x381-1.jpg

“Caprice ni poyo, syok sendiri… saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia je. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai.

“Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok.

“Caprice kata dia nak harga RM600,000 mengarutkan?” ujarnya kepada mStar.

iqbal 2


loading...


Perkongsian Iqbal di Instastory miliknya.

Terdahulu, Iqbal menerusi Instagram memberitahu sudah menghubungi kumpulan Floor88 bagi bekerjasama dalam menghasilkan lagu untuknya.

Iqbal turut berkata, dia meletakkan harapan untuk bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Datuk M Nasir yang sudah pasti mencapai standard yang diharapkan.

“Saya dah lock buat lima buah lagu dengan Eric (Floor88). Dia letak harga market dan standard semasa… tak macam orang lain ambil kesempatan dengan saya.

Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok.

“Dia jujur dengan saya dan pernah tolong saya masa dekat Aswara dulu. Saya nak balas jasa baik dia.

“Tapi kalau ikut hati nak lagu daripada komposer yang ada nama macam M. Nasir, baru ada standard,” ujarnya.

iqbal3

Iqbal bakal mengeluarkan single hasil kerjasama dengan Eric Floor88.

Sementara itu bercerita lanjut tentang projek lagu berkenaan, Iqbal berkata dia kini sedang mengikuti kelas vokal sebagai persediaan sebelum memasuki studio.

“Sebenarnya suara saya okay je. Tak perlu menyanyi pakai autotune namun tidak la macam penyanyi hebat. Dulu saya belajar taranum jadi tahu sikit macam mana lontar vokal.

“Sekarang saya ikut kelas dengan seorang guru vokal bernama Afiq untuk lebih bersedia sebelum rakam lagu,” ujarnya.

Terdahulu,

Iqbal tawar RM500,000 cari individu boleh buat lagu

WhatsApp-Image-2021-10-12-at-12.18.42-PM

Nama Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila dia menawarkan sebanyak RM500,000 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk lagunya.

Menerusi perkongsian Iqbal di dalam laman sosial Instagram, pemuda berusia 27 tahun itu dikatakan sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera dengan menawarkan kos sebanyak RM500,000.

“Saya mencari sesiapa boleh buat lagu dengan segera dengan kos yang rendah iaitu bajet RM500,000 sahaja,” katanya semalam.

Kata Ahmad Iqbal, ibunya merupakan seorang penulis lirik album nasyid juara kebangsaan dan dia juga pernah dinobatkan sebagai juara nasyid di negeri Kelantan, seterusnya naib juara peringkat Malaysia di radio.

“Satu perkara lagi, jangan samakan saya dengan ‘founder’ lain asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah menjadi juara nasyid negeri Kelantan dan naib juara peringkat Malaysia di radio.

“Ibu saya penulis lirik album nasyid kebangsaan, di universiti juga ada subjek khas penulisan lagu, saya akan buktikan saya boleh walaupun sedar diri ini bukan seorang penyanyi profesional. Saya sentiasa percaya kerja keras akan membuahkan hasil,” ujarnya

Iqbal mahu nyanyi lagu mengenai kisah cintanya dengan Vida.

“Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin netizen pun tak sabar nak dengar suara saya dan mendalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” ujarnya.

Nama Iqbal sebelum ini menjadi sebutan apabila kisah cinta dan perkahwinannya dengan Vida menjadi perbualan netizen.

Bagaimanapun, perancangan mereka itu tidak kesampaian apabila dihalang oleh orang sekeliling dan anak-anak.

Sumber Gempak via Trending Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم