Awal pagi tadi, Murai.my melaporkan terdapat dakwaan daripada seorang pengguna Twitter kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira telah berkahwin dengan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan.
Berita Palsu!
ARTIKEL MENARIK:Erra Fazira Sudah Berkahwin Dengan Faizal Azumu?
Menjawab persoalan tersebut, menerusi laporan yang disiarkan oleh Astro Awani, Faizal mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Malah beliau turut menyifatkan tindakan individu yang menularkan di laman Twitter itu sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
“Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu [ @faizalazumu ] mengesahkan kepada Astro Awani bahawa info yang tular ini adalah palsu” lapor agensi berita itu
Erra Nafi Tamatkan Status Ibu Tunggal
Sebelum itu, Erra terlebih dahulu tenang menepis dakwaan tersebut dengan memuatnaik foto terkini nya berbasikal bersama rakan-rakannya . Dalam kapsyen yang ditulis turut berkias akan sikap mereka yang bercakap mengenai perkara yang tidak benar.
“Apooooo(Apa)..tak habis-habis cerita pasal kahwin ini. Apa pun, orang suka untuk berkata, jadi biarkan mereka seronok dengan berkata-kata” tulis Erra
Sekadar info, Faizal yang berasal daripada Ipoh, Perak telah berkahwin dengan Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Dato’ Mohammed Radzi. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق