Tular di media sosial mengenai usahawan dan aktor kacak Fizo Omar, memuatnaik fotonya berbaju melayu putih.
Manakala anak perempuannya, Wan Maryam juga mengenakan baju kurung dengan rona sedondon sambil membantu Fizo mengancing butang baju melayu sekaligus menarik perhatian orang ramai.
ARTIKEL MENARIK:[Terkini]’HiIangnya Permata Seni..’ PeIakon Teater Juga Pnsyarah UiTM Mazlan Tahir MninggI Dunia.
Fizo Dah Tinggalkan ‘Kumpulan Duda’
Foto yang dimuatnaik dengan kapsyen penuh mesej tersirat itu, membuatkan orang ramai berserta rakan artis membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan pelbagai ucapan berseloroh dan tahniah.
“Ok abe Joe keluar kumpulan ‘recond’ dulu k.
Pape roger k @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial” Tulis Fizo
Foto – Instagram @fizoomar
Kapsyen tersebut seolah-olah mengesahkan kepada orang ramai, bahawa dirinya kini tidak lagi berstatus duda kerana sudah mempunyai teman hidup yang baharu.
Kena ‘Sakat’ Dengan Nazim Othman
Melihat hantaran yang dikongsikan di Instagram itu, pelakon kacak Nazim Othman turut berseloroh dengan memberi komen yang mencuit hati peminat.
“@fizoomar untunglah dah ada ‘buyer’. Aku versi kereta recond yang masih duduk dekat ‘showroom’ je.” Komen Nazim
Yana Samsudin Ucap Tahniah Pada Fizo Dan Kamal Adli
Dalam pada itu, pelakon dan hos jelita Yana Samsudin juga mengambil kesempatan memuatnaik hantaran di Instagram nya hari ini, dengan memberi ucapan tahniah buat Fizo yang telah selamat bernikah semalam *(Khamis) dengan suri pilihan hati.
Dalam masa yang sama , Yana juga mengucapkan tahniah buat Kamal Adli yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Foto – Instagram @yanasamsudin
“Buat yang masih solo bertabahlah.. Mungkin jodoh sebelah rumah, tak pun orang lain tengah jaga dulu.. Huhu gurau sajerr.
Tahniah abe Joe dah selesai semalam, tahniah juga buat Kamal bakal berlangsung nanti. Aku doakan kau orang bahagia hingga Jannah insyaAllah.
Yang solo tu, Yana doakan kau orang cepat bertemu jodoh yang baik.. InsyaAllah. Cepat aminkan.. (Semua aminkan kecuali suami hakak)” Tulisnya
Ibu Baru Cik Yam Bekas Pramugari
Terkejut dengan perkhabaran pelakon tersebut telah bernikah, orang ramai mula tertanya-tanya siapakah gerangan permaisuri hati aktor tersebut dan ibu baru buat anak Fizo yang mesra disapa sebagai Cik Yam.
Foto – Instagram @fizoomar
“Aikk! Kahwin dengan siapa ni??”
“Aikkk? Hahaha tahniah”
“Betul ke nikah atau nak berlakon”
“Betul ke kahwin dengan orang Sarawak? Jangan marah tanye je” komen warganet
Difahamkan, Fizo telah berkahwin dengan seorang bekas pramugari Qatar Airlines yang berasal daripada Sarawak. Penemuan Instagram yang dikatakan milik isteri Fizo dan turut diikuti oleh aktor itu juga mengesahkan spekulasi orang ramai.
Foto – Instagram @fizoomar/@ffezyranesry
“Betul ke kahwin”
“Dia memang nak kahwin dengan orang Sarawak”
“Dah kecoh dekat Facebook.. Bakal isteri dia bekas Qatar Airways, orang Sarawak”
“Memang betul lah dengan @ffezyranesry” komen mereka lagi
Murai.my mengucapkan tahniah buat Fizo Omar semoga berbahagia bersama isteri sehingga Jannah-NYA, insyaAllah amin.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق