Pelakon, pelawak dan pengacara Harith Iskander dikatakan bakal berhadapan dengan tindakan saman gara-gara menemubual usahawan selebriti sensasi, Nur Sajat secara langsung di Instagram Live pada malam Ahad (24 Oktober 2021).
Nurwati Bakal Saman Harith
ARTIKEL MENARIK:Usahawan K0smetik Ddah Sebab Sbenar Dia Larlkan Diri KetikaDitanya HarlthIskander
Tindakan undang-undang tersebut bakal diambil oleh Nurwati Hussin,pengasas OWA Resources yang telah berjaya memenangi kes saman terhadap Sajat sebelum ini. Menurut Nurwati menerusi beberapa hantaran di laman Facebook miliknya, dia tidak menyalahkan Harith untuk membuat temubual secara langsung bersama Sajat, namun tindakannya berbincang mengenai perihal mahkamah dan undang-undang di Malaysia adalah salah sama sekali.
“Harith Iskander boleh live dengan sajat untuk topik lain yang tidak menyentuh hal mahkamah dan undang-undang Malaysia
“Contoh, bagaimana perasaan dia ke sana OK tak. Anak-anak macam mana..Siapa jaga..Boleh ke biasakan diri di tempat orang..OK ke makan dekat sana..dan lain-lain
“Bila Harith sebagai moderator provoke dengan soalan Bengkung la apa la, then Sajat terus buka cerita mahkamah tanpa dibantah oleh Harith, kami banyak point untuk menang kes saman dgn si Harith ini…” katanya
Sajat Bercakap Bohong
Tambah Nurwati lagi, dalam siaran langsung tersebut Sajat juga telah bercakap bohong selain memutarbelit beberapa fakta sekaligus disifatkan sebagai menghina keputusan mahkamah dan dirinya sebagai plaintif kes sebelum ini. Difahamkan, segala bukti yang berkaitan telah pun disimpan oleh Nurwati untuk meneruskan tindakan undang-undang seterusnya.
“Dia membiarkan Sajat bercakap bohong dan dia juga memulakan soalannya. Soalan itu tidak umum tapi soalan khusus yang tidak patut dibincangkan walhal dengan 1 ayat sekalipun sebab Sajat dah kalah 2 kes berturut-turut…appeal pon kalah.. Jadi, untuk apa ditemuduga? Untuk mempersoal keputusan mahkamah ke?
Ini seolah sedang menghina kptsn mahkamah dan plaintif sebenarnya.. Moderator membuka ruang yg cukup besar dan luas utk komentar mempertikai… Kalau tak ada live ini, komentar pun takkan sesuka hati MEMANJANGKAN isu untuk mempertikai.
Takpa esok kami akan lengkapkan seberapa banyak bukti..Komen, status, dan video live.. Alhamdulillah ada hamba Allah record full..Jika korang ada bukti putar belit, boleh letak bukti di ruang komen.. Kita perlu banyk bukti sokongan” jelas usahawan itu
Bekas Pengurus Besar Syarikat Sajat Juga Mahu Saman
Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi individu yang dikenali sebagai Nurnilam Sari turut berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harith berikutan temubual itu disifatkannya sebagai berat sebelah. Menurut Nurnilam yang juga bekas pengurus besar syarikat Sajat, dia turut akui bahawa kenyataan yang didedahkan oleh pelantun Makhluk Penggoda itu adalah tidak benar.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada Harith Iskander kerana membenarkan orang bersalah bercakap tentang kes penipuan yang telah diadili di mahkamah..mencemarkan maruah dan reputasi” tulis Nurnilam di laman Facebook
Walau bagaimanapun, Harith Iskander menerusi laman Facebooknya berkata temubual tersebut tidak merujuk kepada dirinya untuk berpihak kepada mana-mana individu. Jelasnya, dia hanya ingin rakyat Malaysia mendengar sendiri pendedahan yang dibuat oleh Sajat namun dalam masa yang sama tidak perlu percaya sepenuhnya apa yang diucapkan oleh usahawan itu. Menerusi carian terkini, hantaran tersebut telah pun dipadam.
Terdahulu, Murai.my pada Isnin melaporkan sesi temubual Harith bersama Sajat telah mendapat pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada netizen kerana menyifatkan pengacara itu tidak perlu berbuat demikian.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق