Terdahulu, penyanyi dan penulis lagu, Haqiem Rusli pernah mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Khabar gembira itu diumumkan Haqiem menerusi sesi Instagram Live yang dibuat kira-kira jam 2 pagi pada 5 Mei yang lalu.
ARTIKEL MENARIK:‘Memang Benar Saya Dan Suami Sudah Berpisah’ – Mas Anizan tampil cerita pekara sebenar
Menurut penyanyi berusia 23 tahun itu, dia sama sekali tidak berniat untuk menyembunyikan perkara tersebut sebaliknya masih tidak mempunyai kekuatan untuk berkongsikannya.
Bagaimanapun, identiti bakal isterinya juga tidak didedahkan dan mereka dikatakan sudah mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun yang lalu.
Persiapan kahwin Haqiem sudah siap, hanya menghitung hari
Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berkata, segala persiapan majlis perkahwinannya sudah hampir siap dan hanya menghitung hari untuk bergelar seorang suami.
Persiapan tersebut termasuklah khursus kahwin, borang-borang yang penting serta ujian HIV.
Bercerita tentang majlis resepsi yang akan dilangsungkan susulan keadaan pandemik, penyanyi itu berkata bahawa majlis tetap dijalankan, namun secara kecil-kecilan jika keadaan negara semakin pulih.
Bakal isteri adalah Sarah Suhairi?
Walaupun segala persiapan dilihat hampir siap dan hanya menghitung hari, namun identiti bakal isterinya masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.
Pelbagai andaian serta nama disebut oleh para peminat, tetapi pelantun lagu Tergantung Sepi itu masih mengambil pendekatan untuk mengunci mulut.
Namun, di sebalik keghairahan ramai mencari siapakah wanita bertuah itu, terdapat pula yang bertanya adakah bakal isterinya ialah penyanyi Sarah Suhairi?
Sarah ke yang akan kahwin dengan Haqiem? Tanya saja, jangan marah
Bertindak dengan komen netizen itu, penyanyi itu dengan segera menafikan perkara tersebut dengan memberikan respon ringkas.
Salah orang ini
Alahai, sabarlah Sarah. Tak pasal-pasal nama kena petik. Apapun, tahniah diucapkan kepada Haqiem. Semoga perkahwinannya dengan bakal isteri akan berkekalan hingga ke anak cucu.
Kredit: Kosmo! via Oh! Media
Post a Comment