Baru-baru ini kecoh apabila Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara menyatakan kes bunuh diri dalam kalangan remaja di negara ini adalah kerana terdorong dengan pengaruh drama Korea (K-Drama).
Kenyataan itu mendapat reaksi yang meluas dalam kalangan netizen, malah pelakon Harith Iskander juga ada menyuarakan pendapatnya sendiri.
ARTIKEL MENARIK:“Takdir Yb Pun Di Tangan Allah” – Rita Rudaini Dan Zul Yahya Respon Kenyataan Khairy Jamaluddin
Mempersoalkan Punca Sebenar Bunuh Diri
via Facebook Harith Iskander
Dalam perkongsian Harith Iskander di laman Facebooknya, dia mempersoalkan kenyataan tersebut dan bertanyakan faktor lain yang seolah-olah bukan menjadi punya berlakunya bunuh diri seperti pengangguran, kemiskinan, kemurungan dan lain-lain lagi.
…pengangguran, kemiskinan, pandemik, tekanan masyarakat yang terlalu cemburu, tiada prospek pekerjaan, kemurungan, kesihatan mental, isu keluarga, kemerosotan kewangan dan lain-lain tidak ada kaitan dengannya?
Hentikan Drama Korea
via Coconuts Co
Harith Iskander juga turut menyatakan jika dakwaan tersebut benar, dengan memberhentikan tayangan K-Drama, maka kes bunuh diri dalam kalangan remaja pasti tidak ada lagi.
Pendapat Atau Fakta
via Masheable Sea
Tambahnya lagi, sebarang kenyataan yang dikeluarkan perlulah berdasarkan fakta, bukannya pendapat peribadi diri sendiri.
Apabila seorang “pemimpin” bangun di Parlimen dan mengatakan sesuatu berdasarkan anekdot dan pendapat (bukannya fakta dan data), ia boleh menyebabkan kerosakan yang nyata.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari kalangan netizen dan rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Harith Iskander.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق