Ini Punca Sebenar Lelaki Mengamuk Libas Parang Ditempat Awam

Kota Bharu – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas didapati mengamuk dengan melibas sebilah parang kepada orang awam di dalam sebuah bangunan di Jalan Hospital di sini semalam.

Ini Punca Sebenar Lelaki Mengamuk Libas Parang Ditempat Awam



Tindakan agresif suspek yang berusia 55 tahun dan berasal dari Bachok itu berjaya dihentikan selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyembur pancutan air pada pukul 12 tengah hari.

ARTIKEL MENARIK:‘Mak Rlndu Wani..’lbu Reda Ank Prgi Slps Stengah Jam Ajar Mngucap Dua Kalimah Syahadah.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kejadian disedari oleh orang awam selepas melihat suspek bertindak melibas sebilah parang yang berada dalam genggamannya.

Menurutnya, orang awam yang bimbang dengan tindakan itu telah menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

loading...


“Semburan air bomba itu berjaya menghentikan suspek daripada terus mengamuk di situ, namun lelaki tersebut mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri akibat terkena pancutan air.

“Suspek kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan telah direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber : Kosmo via KHALIFAH MEDIA NETWORKS


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم