Iqbal Zulkefli Selar Michael Ang Selepas Dituduh ‘Cakap Tak Serupa Bikin’

Bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV) , Ahmad Iqbal Zulkefli tampil menjelaskan kenyataan sebenar selepas diselar pengarah terkenal, Michael Ang yang menyifatkannya seperti ‘cakap tak serupa bikin’ selepas bercakap mengenai kereta idaman.

Iqbal Zulkefli Selar Michael Ang Selepas Dituduh ‘Cakap Tak Serupa Bikin’





ARTIKEL MENARIK:Gara-Gara ‘Live’ Bersama Nur Sajat, Harith Iskander Bakal Disaman Dua Individu



Mahu Michael Ang Baca Dengan Teliti Kenyataan 

Menerusi Insta Stories, Iqbal dilihat memuatnaik semula video pengarah tersebut dan meminta Michael untuk baca dengan teliti mengenai kenyataannya sebelum ini.

“@miachealang38 ayat saya, tidak suka kereta sporty. Baca betul-betul statement saya. Jika mahu dengar sedikit-sedikit, lebih baik tidak perlu bersembang terus”- tegas  Iqbal

Bakal Tunjuk Kereta Bernilai RM1 Juta 


loading...


Tambah Iqbal, dia turut memerli Michael dengan beranggapan boleh menunjukkan kereta miliknya bernilai RM 1 Juta yang hanya digunakan untuk pergi ke pasar.

“Jika hina sangat Honda Civic yang saya guna,  saya boleh sahaja tunjuk kereta saya yang bawa pergi pasar RM1 juta saya beli tu.

Inilah punca yang buatkan saya terpaksa tunjuk segalanya”- katanya lagi

Mahu Michael Hormati Dirinya Sebagai Budak “Suara Pondan Kepit”

Iqbal menerusi hantaran susulan turut meminta pengarah terkenal tersebut untuk menghormati dirinya yang  digelarkan Michael sebagai budak ‘suara pondan kepit’ .

“Dengan rasa hormat, saya hanya mahu Mr Michael Ang hormati saya juga sebagai budak ‘suara pondan kepit’ yang Mr Michael katakan. Saya ingin hormati dunia industri, menjaga limit namun siapa tahu begini perjalanan hidup saya.”-Jelas Iqbal


Terdahulu, Murai.my melaporkan bahawa hubungan percintaan di antara  DSV dengan Iqbal mendapat tentangan dari anak perempuan usahawan kosmetik tersebut disebabkan jarak usia mereka yang sangat jauh.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post