Selepas tularnya berita mengenai Niezam Zaidi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah, pelakon berusia 29 tahun ini tampil memuatnaik sebuah hantaran terbaharu berkongsi akan perkembangan dirinya.
Niezam Mohon Maaf
ARTIKEL MENARIK:“Sebab Dia Buat Dosa & Viralkan Dosa Secara Terbuka” – PU Syed Bidas Kecaman Kak KM
Terlebih dahulu, Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam bin Mohd Zaidi memohon maaf sekiranya membuat sebarang kesilapan . Malah dia turut memohon maaf tidak dapat membalas kiriman mesej daripada para media dan sahabat-sahabatnya.
“Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.
“Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, Whatsapp, call dan sebagainya” tulis Niezam
Menganggap perkara yang terjadi sebagai satu hikmah, Niezam meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buatnya. Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Budak Pailang ini berkata dia tidak boleh memberi sebarang komen lanjut mengenai isu penahanannya.
“Alhamdulillah,syukur pada Allah diatas apa yang terjadi & jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga Allah merahmati kalian
“Buat masa sekarang,saya simpan apa-apa comment mengenai isu ini.
“Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati, amin,” katanya lagi
Rakan Selebriti Titip Kata Semangat
Di ruangan komen rata-rata peminat termasuk rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat. Antaranya seperti Norman Hakim, Zoey Rahman, Shima Anuar, Siti Fazurina, Syazwan Zulkifly,Remy Ishak, Ropie, Adam Shaz, Ungku Hariz serta ramai lagi.
Pada Ahad lalu, Niezam bersama pengarah yang juga anak kepada pelawak veteran Allahyarham Zami Ismail, Mohd. Latiff Zami, 49 dan pembantu pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 47, telah ditahan atas tuduhan memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.
Pada Selasa,ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Shazmeer Zamhari.Jika disabitkan bersalah, Niezam berhadapan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Latiff pula didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 manakala Saiful Zaidrin didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta sama.Sabit kesalahan Saiful Zaidrin boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Niezam, Latiff dan Saiful Zaidrin diikat jamin masing-masing berjumlah RM3,000, RM2,600 dan RM3,200 selepas meminta rayuan pengurangan dan kesemua mereka membayar wang jaminan berkenaan.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق