Jaafar Onn Tunjuk Ucapan Terakhir Arwahh Mamat Khalid Sebelum Meningal Dunia

INDUSTRI hiburan dikejutkan dengan berita sedih apabila pengarah filem terkenal Mamat Khalid disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam Ahad.

Jaafar Onn Tunjuk Ucapan Terakhir Arwahh Mamat Khalid Sebelum Meningal Dunia



Allahyarham meninggal dunia pada usia 58 tahun di Hospital Slim River, Perak.

ARTIKEL MENARIK:Pengsan di restoran sebelum disahkan meningg4l dunia. Status terkahir Mamat Khalid buat ramai sayu. Al Fatihah


Berdasarkan maklumat awal yang diterima, arwah pada mulanya diserang sawan dan rebah sekitar pukul 10 malam, Sabtu di restoran miliknya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak.


Beliau kemudian dibawa ke hospital Slim River menaiki ambulans dan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan.

Berita kematian itu turut disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

Isteri Allahyarham Hasmah Hassan memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Allahyarham sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan masalah penyakit tersebut.

JAAFAR ONN TUNJUK UCAPAN TERAKHIR MAMAT KHALID KEPADA DIA

Job' Makin Kencang Meskipun Dah Berusia, Jaafar Onn Amalkan Gaya Hidup Sihat Di Kala Umur Cecah 70 Tahun

Selebriti veteran, Jaafar Onn turut terkejut dengan pemergian Mamat Khalid. Sebelum berita mengenai arwahh pergi Mamat Khalid telah memuat naik satu posting di laman Facebook rasmi beliau.

Posting tersebut adalah posting terakhir sebelum dia meningal dunia dan ia ditujukan kepada Jaafar Onn.


loading...


Ianya adalah ucapan Selamat Harijadi kepada Jaafar Onn.

Jaafar Onn turut memuat naik kenyataan itu ke dalam Facebook rasmi beliau.


Sementara itu di media sosial, rakan-rakan selebriti turut melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid.

Jenazah dijangka disemadikan di Ipoh, Perak pada Ahad.

Selain seorang balu, beliau yang juga adik kepada kartunis Datuk Lat turut meninggalkan lima orang anak.

Antara karya hangat dihasilkan Allahyarham sebagai pengarah ialah filem Rock oo (2013), Kala Malam Bulan Mengambang (2013), Man Laksa (2006), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Zombi Kampung Pisang (2007).

Filem Kala Malam Bulan Mengambang turut diangkat sebagai Filem Terbaik, Festival FIlem Malaysia ke 21 (FFM21) dan Anugerah Skrin 2008.

Sumber : MSTAR ONLINE via EESohorr via Trending Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post