Meskipun tidak mengiyakan atau menidakkan berhubung dakwaan berbadan dua, aktres Intan Ladyana seolah-olah terbuka untuk berkongsi mengenai perubahan fizikalnya ketika ini.
Ia selepas seorang jurumekap yang dikenali sebagai Adek Wan memuat naik satu video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon berusia 39 tahun itu sedang disolek sehingga mengundang perhatian ramai.
ARTIKEL MENARIK:“Isteri Saya Tuk4r Ag4ma Bukan Tuk4r Bud4ya…,” – Ada Perso4l Cara P4ntang Isteri, Ryzal Ibrahim M0hon Horm4ti Maryam
Namun, warganet bukanlah memberi fokus kepada teknik solekan itu sebaliknya lebih tertarik memandang bahagian perut Intan atau nama penuhnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya.
Meninjau ke ruangan komen, video yang meraih 431,000 tontonan itu menerima komen warganet yang rata-rata teruja menegur pelakon tersebut dikatakan memiliki ‘baby bump’.
Selain meluahkan rasa syukur, mereka turut mengucapkan tahniah kepada pelakon drama Bougainvillea atas kurniaan rezeki zuriat sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Intan mendirikan rumah tangga dengan aktor, Harris Alif pada 4 Februari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Pasangan itu sering menjadi perbualan ramai kerana perbezaan usia 17 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: OMM via Motif Viral
Post a Comment