PETALING JAYA- Pencetus Ummah (PU) Syed menyifatkan usahawan produk kecantikkan, Kak KM sebagai masih lagi mempunyai iman apabila berasa sentap dengan teguran yang dibuat baru-baru ini.
Menurut PU Syed, apabila Kak KM berasa sentap dengan tegurannya ia memberi terjemahan bahawa wanita itu masih mempunyai iman dalam diri.
ARTIKEL MENARIK:Rita Rudaini Luahkan Rasa Kecewa Dengan Penghantar Makanan Anggap Perbuatan Sesetengah Daripada Mereka Tidak Ikhlas Dan Tak Bertanggungjawab
“Berubahlah, kerana nyawa itu bukan dalam kawalan kita, sekejap sahaja Allah boleh tarik. Ramai yang jadi jutawan dengan berniaga dan membuat iklan patuh syariah, maka rezeki akan berkat.
“Tetapi, jika sebaliknya, pasti tiada keberkatan dalam rezeki mu (Kak KM), sekalipun banyak,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram semalam.
Katanya lagi, teguran yang dibuat bukan mahu meng4ibkan Kak KM sebaliknya mahu menegur usahawan itu berikutan disifatkan membuat d0sa secara terbuka.
“Ambe (saya) tegur, dia kata mengaibkan, dah selama ini, mengaibkan diri sendiri dan keluarga, dia perasan atau tidak?
“Siapa yang mengaibkan siapa ini? Ambe menegur secara terbuka sebab dia buat dosa dan viralkannya secara terbuka, ambe tidak perlukan penghormatan dia,” katanya.
Sebelum ini, Kak KM meluahkan rasa berang apabila pendakwah tersebut mengaitkan sentimen agama dengan perniagaannya serta mengatakan ia dijalankan secara berd0sa serta rezeki dimiliki tidak berkat.
Kak KM yang menjual produk jamu untuk menjaga kesihatan wanita juga disifatkan begitu aktif di laman sosial media selain memaparkan gaya kehidupan terbuka dan moden
Ditud.uh duit tak berkat, Kak KM meng4muk nama kena petik pendakwah selebriti – “Aku bukan jual benda h4ram”
NAMA menjadi sensasi secara tiba-tiba, usahawan kontroversi iaitu Liana Rosli berang dengan tindakan seorang pendakwah selebriti.
Ujar Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM, dia berasa marah apabila individu tersebut mengaitkan sentimen agama dengan perniagaannya.
“Aku memang tak puas hati sebab dia cakap berniaga dengan cara berdosa, aku bukan jual benda haram dan kenapa nak cakap aku berdosa dan duit aku tak berkat?
“Kau jangan ambil kerja tuhan dan ini aku dah cakap banyak kali, bukan nak kurang ajar… aku tak takut nak cakap dengan kau, kalau kau nak datang face to face dengan aku, aku tak takut!” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, usahawan ini tidak menolok teguran yang diterima namun biarlah ia dilakukan di saluran yang betul.
“Kita kena tengok cara orang tegur, kalau cara tegur kurang ajar macam ini, maaflah kalau jumpa depan-depan pun aku memang tak akan hormat kau!
إرسال تعليق