Melihat fesyen menawan yang sering digayakan oleh pelakon dan usahawan tanah air, Betty Rahmad, pasti ramai tidak pernah menyangka bahawa wanita jelita ini pada suatu ketika dulunya pernah berfikir susah nak berfesyen selepas berhijab.
Rasa Susah Nak Pilih Baju Bila Bertudung
ARTIKEL MENARIK:Harith Iskander Beri Respon Insiden Wanita Asing Tak Mahu Pakai Pelitup Muka Di Butik Mewah
Menurut Betty, dahulu dirinya berasa susah hendak menutup aurat dengan memakai tudung kerana merasakan sukar untuk berfesyen dan memilih serta mencari pakaian yang sesuai dengan hijab.
Foto – Instagram @bettyrahmad
“Nak tahu tak dulu sebelum saya berhijab, benda paling saya rasa susah dan buat saya tak nak pakai tudung ialah bila fikir baju. Sebab dari dulu saya memang suka fesyen.
Suka melaram. Cuba fesyen itu ini. Jadi dalam otak dulu fikir tak nak pakai tudung, sebab tak tahu nak pakai baju apa. Susah!” tulisnya di Instagram
Selepas Berhijab Tak Sukar Pun Sebenarnya
Namun setelah usahawan selebriti ini berhijab, Betty berpendapat hal tersebut bukan satu isu dan tidak lagi rasa susah untuk berfesyen sambil mengenakan hijab. Apa yang penting wanita harus bijak mencari padanan pakaian dengan hijab yang digayakan.
Dalam perkongsiannya di Instagram, Betty mengatakan pasti ramai merasakan berhijab menghalang wanita untuk berfesyen tetapi sebenarnya tidak sukar seperti yang dibayangkan.
Foto – Instagram @bettyrahmad
“Tapi MashaAllah sebenarnya tak susah. Senang je sebenarnya. Setiap hari kalau bersiap, syaa tak ada masalah pun nak fikir pakai baju apa. Malah baju lama-lama dulu pun masih boleh pakai, cuma kena pandai-pandailah pakai inner ke apa.
Dan saya percaya mesti ramai yang rasa macam saya. Rasa bertudung akan halang kita nak pakai baju cantik-cantik atau berfesyen.
Sebab itu, setiap hari saya kongsi apa yang saya pakai supaya dapat tolong anda semua yang rasa susah macam saya dulu.
Walaupun saya tak cukup sempurna dan banyak perlu betulkan, tapi pastinya saya akan sampai di sana satu hari nanti. Sama juga buat anda semua, InsyaAllah.” Tulisnya lagi
Netizen Setuju Dengan Betty
Perkongsian Betty menarik perhatian ramai wanita di Instagramnya, dan masing-masing meluahkan rasa yang sama seperti usahawan selebriti tersebut.
Foto – Instagram @bettyrahmad
“Sama, lagi satu dulu tak bertudung rasa bebas nak pakai baju macam mana pun.. Tapi bila sekarang tengok-tengok balik banyak je baju boleh padan-padan, boleh tutup dengan itu ini.. Betullah bila Allah dah bimbing kita, rasa macam pertolongan Allah tu sangat. Semuanya dipermudahkan.”
“Perlahan tapi pasti. Semoga kita semua makin baik dari hari ke hari, Aamiin”
“Betul sangat-sangat!!!! Saya pun macam tu” komen warganet
Foto – Instagram @bettyrahmad
“100% Setuju…! Tiap-tiap hari tengok fesyen anda sebagai rujukan saya, dan tiap-tiap hari juga ‘post story’ mengenai diri saya, apa yang saya pakai sebagai orang baru berhijab! Rupanya tak susah… Alhamdulillah semuanya dipermudahkan”
“MashaAllah tabarakallah, semoga istiqamah”
“Ya Betul”
“Stailo”
Betul kata Betty sebenarnya tak susah mana pun nak berfesyen sambil menutup aurat, yang penting kena bijak memilih pakaian yang bersesuaian dan padankan dengan hijab yang di pilih.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment