BERPANTANG maut sebelum ajal, penemuan beberapa ekor labah-labah kecil muncul pada dinding bilik tidak disangka mampu menyelamatkan nyawa seorang lelaki.
Jurugambar dan ahli entomologi, Gil Wizen, yang tinggal di Napo, Ecuador sama sekali tidak menyangka labah-labah kecil itu membawa kepada penemuan yang lebih mengejutkan iaitu seekor labah-labah paling berbisa di dunia, Brazilian Wandering di bawah katilnya.
ARTIKEL MENARIK:“Warga Pakistan Ini tidak menyangka dia sudah berkhidmat 40 tahun jadi tukang cuci Masjidil Haram” SUBHANALLAH !
Walaupun terkejut dengan saiz labah-labah itu, Wizen sempat merakamkan gambar labah-labah berkenaan.
Foto tersebut tanpa disangka-sangka membawa tuah apabila Wizen memenangi anugerah Photographer of the Year dari Urban Wildlife.
Melalui catatan blog Wizen, dia berkata ribuan labah-labah kecil dilihat pada bawah katilnya ketika itu .
“Di sebelah anak labah-labah itu, wujud seekor labah-labah bukan dari spesies tarantula yang paling besar pernah saya temui.
“Saiz badan labah-labah itu kira-kira 45 milimeter dan jika kaki panjangnya terbuka, ia memang besar daripada tapak tangan saya,” tulisnya.
Menurut Live Science, labah-labah Brazilian Wandering, juga disebut labah-labah bersenjata atau labah-labah pisang, tergolong dalam genus Phoneutria yang bermaksud ‘pembunuh’ dalam bahasa Yunani.
“Dan tidak hairanlah mengapa ia adalah salah satu labah-labah paling berbisa di dunia. Gigitannya boleh menyebabkan kematian.
“Saiz tubuh Brazilian Wandering boleh mencapai hingga lima sentimeter (cm) dan jarak kaki mencapai sekitar 15 cm.
“Spesies araknid itu mempunyai tubuh yang berbulu. Kebanyakannya berwarna coklat dan berbintik hitam di perut,” kata Live Science.
Tidak seperti kebanyakan labah-labah yang mempunyai sarang, Brazilian Wandering merayap pada lantai hutan dan memburu mangsa yang terdiri daripada serangga, reptilia, tikus dan katak.
Labah-labah Brazilian Wandering betina mempunyai saiz tubuh yang lebih besar daripada jantan.
Setiap kali membiak, ia akan mengeluarkan lebih 1,000 telur yang disimpan di dalam kantung.
Spesies ini biasanya ditemui di Amerika Latin, Argentina dan Brazil serta mampu hidup sehingga dua tahun.
Sumber: Sinar Plus via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment