Langgar SOP Penganjuran Majlis Sosial, Barisan Nasional Dikompaun RM10,000

Parti Barisan Nasional (BN) dikompaun Pejabat Kesihatan Kepong susulan penganjuran sebuah majlis sosial bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, malam ini.

Langgar SOP Penganjuran Majlis Sosial, Barisan Nasional Dikompaun RM10,000



Menurut hantaran di laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), parti tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 di bawah Akta 342 kerana didapati gagal mengamalkan penjarakan fizikal seperti yang telah ditetapkan.

ARTIKEL MENARIK:Pandelela Rinong Jelas Sebab Dedah Sikap Jurulatih Melawak Lucah


Sebelumnya, beberapa video dan gambar sekitar Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri Melaka sempat beredar di pelbagai platform media sosial, menunjukkan keadaan sesak di dewan tersebut.

Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional malam ini kerana telah melanggar SOP Fasa 4 PPN bagi penganjuran majlis sosial. pic.twitter.com/yHBiuR00FO

— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 27, 2021


loading...


Sumber: KKM  via Siakap Keli

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم