Lisa Surihani & Daiyan Trisha Pula Tampil Bersuara Isu Pelakon & Babak Rogol

Melihat klip video bual bicara yang viral di media sosial dengan topik perbualan berkaitan babak rogol dijadikan bahan lawak dalam rancangan tersebut, membuatkan ramai selebriti wanita seperti Lisa Surihani dan Daiyan Trisha mula bersuara tentang isu itu.

Lisa Surihani & Daiyan Trisha Pula Tampil Bersuara Isu Pelakon & Babak Rogol



Mahu Orang Ramai Sedar 


ARTIKEL MENARIK:Presiden Seniman Malaysia Buat Diskusi Bersama Fauzi Nawawi, Nazrudin Luah Rasa Kesal?


Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Lisa tampil memberi pandangannya tentang isu rogol yang dijadikan sebagai bahan jenaka dalam sebuah rancangan televisyen tempatan.

Menurut Lisa, membenarkan babak rogol dijaja sedemikain seperti a menormalisasikan keganasan seksual terhadap wanita. Dalam masa yang sama,mereka yang  bercakap seperti itu dalam sebuah rancangan juga menunjukan betapa rendahnya moral dan akhlak dalam diri.


Foto – Instagram @lisasurihani

“Kita harus sedar keseriusan hal ini.

Membenarkan babak rogol di glamorkan dan menormalisasikan keganasan seksual terhadap wanita melampaui batas garisan.

Berbual tentang hal tersebut dengan adab begitu, bercakap tentang KURANGNYA kesedaran bagaimana SALAHNYA hal ini.

Anak kita telah diajar, INI TIDAK BAIK.

Allahu, tolong maafkan kami. Seperti dikatakan oleh Ustazah semalam, salah satu kebimbangan Nabi kita adalah keruntuhan moral dan keruntuhan akhlak.

Kita telah gagal untuk melihat dan memberitahu mana betul dari salah.” Luah Lisa


loading...


Daiyan Kecewa Hal Sama Kerap Kali Berulang

Bagi Daiyan pula,dia turut menyuarakan rasa kecewanya di Instagram. Menurut Daiyan, hal seumpama ini telah beberapa kali terjadi di dalam industri. Pelakon dan penyanyi ini juga mengatakan isu tersebut sudah lama berakar umbi dalam kalangan masyarakat dan menyifatkan ia sebagai perbuatan yang menjijikan.


Foto – Instagram @daiyantrisha

“Terkubur dengan kerja dan ambil masa seketika hari ini bila saya akhirnya lihat video teruk itu.

Kenyataannya mengecewakan.

Apa yang lebih mengecewakan adalah bagaimana kerapnya isu ini berulang. Bagaimana kita menyelesaikannya.

Ianya telah berakar umbi dalam masyarakat kita, ianya menjijikan untuk tanganinya. Ya Allah tolong permudahkan.” Luah Daiyan

Bersembang tentang isu babak rogol dan dijadikan sebagai topik bahan jenaka, bukanlah perbuatan yang baik. Sebaliknya ia menunjukan individu atau kelompok tersebut, kurang sensitif tentang isu tersebut. Jangan normalisasikan ‘rape talk’, ia bukan tajuk sesuai untuk dijaja dan dibualkan kepada umum.

Apa kata anda?


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post