Tak dinafikan, banyak dugaan dan perpisahan terjadi dalam kehidupan berpoligami. Terbaru, seorang wanita ada berkongsi pengalaman ‘hitamnya’ sepanjang bergelar isteri kedua.
Kisah itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi Facebook Page Kisah Rumah Tangga Fans. Menurut wanita ini, dia merupakan isteri kedua si suami dan mereka telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mac lalu selepas mendapat persetujuan isteri pertama.
ARTIKEL MENARIK:Terbongk4rrr!! Giliran BekasSuami Cerita Hal Sebenar
Hampir 8 bulan melayari bahtera perkahwinan, pelbagai dugaan yang dilaluinya bersama suami. Malah dia juga mendakwa madunya seakan tidak berpuas hati dengan dirinya.
Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini juga mendakwa sangat terkejut selepas pulang dari Langkawi dan mendapati rumah yang didiaminya kosong. Rupa-rupanya madunya yang merangkap isteri pertama si suami telah membawa keluar perabot dari rumah tersebut. Difahamkan, rumah yang didiami wanita ini adalah rumah madunya yang sebelum ini dijadikan homestay.
Tidak berakhir di situ, isteri pertama kemudian menggunakan ‘kuasanya’ mengambil kereta si suami dan menggantikannya dengan kereta lain. Jelas individu ini lagi, meskipun madunya itu sudah memiliki dua biji kereta tetapi dia tetap mahukan kereta yang digunakan oleh suaminya itu. Individu ini mengakui pelbagai cara yang dilakukan madunya semata-mata mahu dia dan suami berpisah.
Sumber : Oh Bulan, Facebook via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment