Gambar sekadar hiasan. Asalamualaikum , aku seorang lelaki dan juga seorang suami, aku berkahwin dengan wanita yang aku cintai. Wanita itu dulunya satu sekolah aku kami bercinta di zaman sekolah, banyak rintangan dan halangan dalam hubungan kami,
mak ayah isteri aku tidak berkenan dengan aku, sebab latar belakang kekuarga aku yang tidak elok.. Mak aku kuat bergaul, berkhayal, dan bebas kemana mana saja.. bapa aku pula jenis ambil barang, aku menjadi anak terbiar, namun aku sedikit pun tidak mewarisi kelakuan mak ayah..
ARTIKEL MENARIK:Bekas Suami Dah Berkahwin Lain Dengan Lawyer Tapi Masalahnya Perempuan Tu Tak Cantik Macam Mana Bekas Suami Aku Berselera
Dari umur 15 tahun, aku bercinta dengan isteri aku, mertua menentang sekeras keras nya.. aku berjanji pada isteri aku, walau apa pun halangan aku tetap akan memperisterikan dia.. habis saja spm, kami sama sama melanjutkan pelajaran ke menara gading, dan sebelum kawin,
Alhamdulillah aku sudah mendapat kerja yang cukup baik, aku sudah mampu berumah tangga. Akhirnya aku melamar kekasih aku untuk bertunang.. mak ayah dia tidak setuju, aku merayu rayu dan melutut, walaupun aku dihina kerana status ibu ayah,
aku berjanji tidak akan seperti ibu dan ayah. Aku akan jaga tunang atau bakal isteri aku sampai bila bila.. Mertua aku setuju kami bertunang, namun dia tetap kan hantaran 15k untuk kami berkahwin, dan dalam tempoh masa bertunang, aku mesti berikan tunang aku rm 500 sebulan.
Dan masa yang diberi hanya 3 tahun.. Berat hati nak terima, namun demi cinta, aku sangup, walau pun aku kerja gov, gaji aku hanya rm 1500 kerana aku masih baru bekerja, aku juga masih tak mampu beli kereta dan rumah.. namun rezeki ada di mana mana.
selepas habis waktu bekerja, aku berniaga, aku buka gerai makan, share dengan kawan kawan, Alhamdulillah, boleh lah aku dapat dalam 2k sebulan.. Namun bagi aku semuanya tidak cukup, sebab aku kena kumpul 15k dalam masa 3 tahun dah dalam masa tu juga aku mesti beli rumah dan kereta,
Akhirnya aku terjebak dengan kerja tak elok, aku mengedar benda terlarang, dalam masa setahun saja, aku mampu beli rumah, kereta, dan aku mampu kumpul wang yang banyak, nasib berpihak pada aku, walaupun aku buat kerja tak elok, namun tiada yang tahu,
cuma tunang aku hairan kenapa aku mampu kumpul wang yang banyak? Aku cakap pasal tu dia jangan fikir, yang penting kami akan kawin secepatnya.. selepas 2 tahun aku buat kerja tak elok, aku berhenti, aku hanya bisnes gerai dan gaji aku pun dan cukup sebab simpanan aku dah banyak..
Pernah sekali aku terpaksa outstion selama 3 minggu, aku bagi tahu tunang aku, bila aku balik, aku akan memperisterikan dia, dia setuju dan kami sudah berbincang pada ibu dan ayahnya. Ibunya sempat menyindir aku, dah ada duit ke nak kawin?
Yakin ke awak tak mewarisi perangai teruk mak ayah awak? Aku cuma tertunduk saja.. Tiba lah masa yang di tunggu tunggu.. aku pun berkahwin dengan isteri aku, kami kawin simple sahaja, bajet dalam 5k. 10k lagi mertua aku ambil.
Aku tak tahu mereka buat apa dengan wang itu, yang paling menyedihkan, isteri aku sudah tiada dara, masa malam pertama, isteri aku sudah bagaikan ditebuk tupai, ini kah balasan yang aku dapat, bila aku tanya isteri, kenapa bila bersama terasa lain macam?
Isteri aku cakap mungkin faktor dia aktif bersukan. Aku iakan saja. Sebab aku sayng kat dia.. Lama kelamaan isteri aku semakin pelik, isteri pernah kantoi muntah muntah. Ada kah isteri aku hamil? Macam mana boleh hamil sedangkan kami baru bernikah?
Dipendek kan cerita, aku ada kawan bernama man, man adalah kawan kami dari sekolah dan kami bertiga bff dengan isteri aku, masa aku ot aku minta man jaga tunang aku masa tu, kebetulan kereta aku pancit tayar, aku tumpang kereta man.
Kebetulan aku dok belakang sebab ada kawan lain dok depan, aku pelik dengan kereta man, sebab kat belakang kereta man ada kerongsang isteri aku. Aku kenal sangat dengan kerongsang tu, tapi aku diam, aku ambil kerongsang tu senyap senyap..
Sampai dirumah, aku tanya isteri mana dah kerongsang yang selalu dia pakai. Bini aku mengelabah sambil menjawab ada sama mak dia, ok aku percaya isteri aku.. tapi makin hari isteri aku makin pelik, bila dia selalu muntah muntah aku ajak ke klinik dia tak nak..
aku cari kasut aku nak pakai untuk perjumpaan dengan kawan kawan. Kasut tu simpan atas almari, tak sangka aku terjumpa test preagnant kat atas almari, aku tak pasti tu siapa punya, kalau isteri aku punya kenapa dia senyap? Dan tak mungkin isteri punya sebab kami baru berberapa hari kawin..
Semuanya janji tanda tanya, namun aku menyembunyikan rasa curiga.. pertama aku nak cek adalah hp isteriku. Tapi tak boleh, sebab ada password. Bila isteri main hp aku pura pura tidur, dan aku senyap senyap tengok isteriku tekan apa.
Alhamdulillah akhirnya aku tau.. bila isteriku mandi, aku buka hp isteri aku, namun aku tak jumpa apa apa. Semua chat dah clear. Aku tak tau nak buat macam mana? Aku tak pasti isteri aku buat sesuatu yang tak elok berlakang aku atau tidak. Aku buntu..
Sumber KRT via Trending Kini
إرسال تعليق