Pakar Bedah U.S Berjaya Buat Pemindahan Buah Pinggang Babi Kepada Pesakit!

Pakar bedah di Amerika Syarikat berjaya membuat pemindahan buah pinggang ke atas pesakit dengan menggunakan buah pinggang haiwan dalam rawatan dan didapati tiada kesan sampingan berlaku selepas pembedahan dilakukan.

Pakar Bedah U.S Berjaya Buat Pemindahan Buah Pinggang Babi Kepada Pesakit!



Keluarga Pesakit Beri Kebenaran Guna Buah Pinggang Babi


ARTIKEL MENARIK:Gara-Gara Nak Kahwin Lain, Suami Sewa Ular Patuk Isteri Hingga Mati


Dipetik dari Reuters, individu yang menerima pembedahan tersebut merupakan pesakit ‘mati otak’ dan doktor memeriksa bahawa pesakit tersebut mempunyai masalah kegagalan fungsi buah pinggang.

Justeru itu, doktor mendapatkan kebenaran ahli keluarga pesakit untuk melakukan pembedahan luar biasa itu. Difahamkan, pembedahan tersebut telah dilakukan di NYU Lang.

Pakar Ubahsuai Genetik Babi Elak Kesan Penolakan Pada Pesakit


Foto – Reuters

Menurut pakar ,untuk mengelakkan buah pinggang yang dipindahkan dalam tubuh pesakit mengalami kesan penolakan buah pinggang, genetik babi yang digunakan telah diubahsuai terlebih dahulu sebelum pembedahan dilakukan.

Dengan mengubah karbohidrat molekul gula atau gylcan yang juga dikenali sebagai Alpha-Gal dalam babi yang digunakan, risiko penolakan pemindahan buah pinggang ke dalam tubuh pesakit dapat dielakkan.


loading...


Buah Pinggang Berfungsi Dengan Normal


Foto – Reuters

Doktor Robert Montgomery yang melakukan pembedahan tersebut mengatakan hasil keputusan pemindahan tersebut dilihat normal dan ia berfungsi seperti buah pinggang manusia biasa.

Walaupun pembedahan tersebut dikira berjaya namun kajian terperinci mengenai ubahsuai genetik babi harus diteliti secara spesifik dan mendapat pengikhtirafan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA).

Untuk rekod lebih kurang 107,000 orang pesakit menunggu giliran untuk melakukan pembedahan buah pinggang, manakala lagi 90,000 masih menunggu buah pinggang yang sesuai di Amerika Syarikat.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post