Pandelela Rinong Jelas Sebab Dedah Sikap Jurulatih Melawak Lucah

Selepas pendedahan berani oleh Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai jurulatih yang sering membuat lawak berbaur lucah padanya , kini beliau tampil menjelaskan sebabnya berkongsikan pengalaman pahit tersebut.

Pandelela Rinong Jelas Sebab Dedah Sikap Jurulatih Melawak Lucah



Untuk Beri Kesedaran Pada Masyarakat & Sokongan Pada Mangsa


ARTIKEL MENARIK:“Tak Mudah Lalui Trimester Pertama Tanpa Suami Disisi, Tapi Syukur…” -Isteri Azizulhasni


Menerusi tweet yang dimuatnaik di laman Twitter, beliau menjelaskan tujuannya berkongsi pengalaman “yang tidak begitu baik” tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan juga  sokongan kepada mereka yang menjadi mangsa di luar sana.

“Saya berkongsi pengalaman ‘yang tidak begitu baik’ untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa dalam dilema. Sama ada mahu bersuara atau berdiam diri.”-Jelas Pandelela


Orang Lain Boleh Melupakan, Tapi Tidak Pada Mangsa


loading...


Tambahnya lagi, orang lain di luar sana mungkin boleh melupakan pengalaman pahit tersebut, tetapi tidak bagi mangsa yang alaminya sendiri.

“Apa yang paling penting, ‘pemangsa’ dan ‘penyokongnya’ tidak sepatutnya dipopularkan.

Orang lain boleh melupakan, tetapi bukan pada mangsa.”- tambah Pandelela

Masih Menyokong #rapejokeisnotfunny

Pandelela turut memberitahu bahawa beliau masih menyokong kempen #rapejokeisnotfunny dan berharap lebih ramai individu yang akan lantang bersuara kelak

“Masih menyokong #rapejokeisnotfunny, dengan harapan dapat menggalakkan mereka akan  lebih berani pada masa akan datang ketika saya tidak dapat berbuat demikian.”- katanya lagi


Sebelum ini, Pandelela Rinong tampil membuat pendedahan seorang jurulatih sering membuat lawak berbaur lucah dengannya. Tambahnya lagi, ketika itu beliau hanya mampu untuk berdiam diri dan berpura-pura ketawa kerana rasa bimbang dan takut.


Kredit -Hangat.com

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم