Pelakon, Pengarah & Pembantu Pengarah Positif Dadah! Instagram Niezam Zaidi Dibanjiri Komen Netizen

Sejak tengah malam tadi, tular di media sosial mengenai tiga individu yang mempunyai kaitan dengan industri seni setelah ditahan pihak polis disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pelakon, Pengarah & Pembantu Pengarah Positif Dadah! Instagram Niezam Zaidi Dibanjiri Komen Netizen



Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Ditahan 


ARTIKEL MENARIK:Faizal Azumu Buka Mulut Soal Dakwaan Berkahwin Dengan Erra Fazira


Menerusi laporan Harian Metro, seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, pada Ahad. Turut ditahan adalah pengarah dan penolong pengarah, masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

Hasil ujian saringan air kencing dalam serbuan yang dilakukan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol.Manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine. Difahamkan, letika serbuan dijalankan, kesemua mereka berada dalam bilik berasingan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pelakon ‘N’ Dituduh 

Dalam perkembangan berkaitan, netizen mula berteka-teki mengenai nama ketiga-tiga individu yang dimaksudkan. Malah, nama seorang pelakon turut ‘dipetik’ oleh mereka sebagai pelakon yang ditahan. Menerusi carian Murai.my di laman Instagram pelakon tersebut, kelihatan netizen mula membanjiri ruangan komen hantaran terkini pelakon itu dengan pelbagai pertanyaan.


loading...




Berdasarkan info yang tertera, hantaran tersebut telah dibuat lima hari yang lalu dan sehingga kini pelakon berkenaan tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post