Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak datang dengan sendiri! Bak kata pepatah Melayu, ‘yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Perjalanan hidup pelakon dan pengarah filem, Hairul Azreen boleh dijadikan inspirasi kerana suami pengacara Hanis Zalikha ini bermula sebagai tukang cat jalan raya dan kini sudah memiliki perniagaan sendiri.
ARTIKEL MENARIK:Pergi Langkawi Naik Jet Peribadi, Tinggal Di Villa Mewah. Tapi Tindakan Rizalman Buat Peniaga Ni Terkejut
Dipanggil g1la nak beli kereta mewah
Mengimbas kembali kisah lalu, Hairul, 33, mended4hkan dia pernah ditertawakan rakan sekerjanya apabila menyuarakan impian untuk memiliki kereta mewah.
Menurut pemilik nama Hairul Azreen Idris, ketika itu dia bekerja sebagai tukang cat jalan raya pada tahun 2007.
Masih tak lupa masa saya kerja cat jalan 2007. Masuk kerja jam 12 tengah malam, habis kerja jam 5 pagi, sebab orang sudah siap nak pergi kerja.
Tapi masa kerja itu, ada kereta-kereta ‘sport’ laju lalu sebelah saya, lepas itu saya apa lagi terus menjerit satu hari nanti, saya kerja rajin-rajin dan beli ‘sebiji’ (kereta).
Selepas itu kawan yang kerja cat dengan saya cakap, ‘Kau apahal? G1la!
Kata-kata itu doa
Dalam pada itu, pelakon filem Paskal ini percaya setiap kata-kata yang disebut itu adalah doa. Justeru, dia memilih untuk tidak menghiraukan dan mengejar angan-angan itu sehingga menjadi kenyataan.
Kalau inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita itu besar dan bagus untuk kita tuju sebab kata-kata itu doa.
Sumber: Instagram @hairulazreen
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://ohbulan.com/ via Sinar Viral
Post a Comment