Segerakan siasatan, pendakwaan terhadap berita palsu vaksin – KJ

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin mahu siasatan dan tindakan mahkamah diambil dengan segera terhadap kumpulan anti-vaksin Covid-19 yang sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin Covid-19.

Segerakan siasatan, pendakwaan terhadap berita palsu vaksin – KJ



Menurut Khairy Jamaluddin, Kementerin Kesihatan telah membuat laporan polis terhadap berita palsu yang disebarkan oleh kumpulan berkenaan yang disifatkan sebagai menjengkelkan.

ARTIKEL MENARIK:Kemalangan Di Bukit Putus, Wanita Disahkan Maut


“Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin. Kami harap tindakan susulan – sisatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.

“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying,” ciapnya di Twitter.

Khairy Jamaluddin membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan tiada tindakan diambil terhadap kumpulan anti-vaksin yang menyebarkan berita palsu sewenang-wenangnya.


loading...


Pengguna tersebut, Dr. Sakinah Sulong berpendapat kumpuan berkenaan seolah-olah kebal daripada dikenakan sebarang tindakan terhadap penyebaran berita palsu berkaitan vaksin.

“Am I the only one yang rasa antivaccine group kat Malaysia ni kebal sekebal-kebalnya?

“Even mantan PM, Presiden UMNO pun turun naik mahkamah, tapi anti-vaksin ni lebih hebat lagi. Petik nama menteri sesuka hati. Tabur fitnah sana sini, no action. Sampai bila? @Khairykj,” katanya di Twitter.-SM


Kredit -suaramerdeka

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post