BANGI, 2 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Seluruh negara terutama pemain industri pelancongan mula bersiap sedia menerima ‘gelombang’ pergerakan rentas negeri susulan kebenaran aktiviti itu dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata, kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara setelah kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus.
ARTIKEL MENARIK:[Terkini]’Mama Sayang Kamu..’3 Kanak2 Tmsuk 2 Bradik Akhirnya Ditemukan Iemas Di Mngkuk Setiu.
Sasaran itu semakin hampir apabila 89.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima dos vaksin COVID-19 setakat malam tadi.
Kebenaran rentas negeri itu turut meningkatkan kehadiran pengunjung ke lokasi-lokasi pelancongan, justeru penyedia perkhidmatan pengangkutan darat dan feri antara pihak paling awal membuat persiapan menjelang pengumuman tersebut.
Bagi menghadapi keadaan itu, pihak pengusaha feri di Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bersiap sedia bagi menambah jumlah perjalanan feri dari semasa ke semasa mengikut permintaan pelancong.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata, buat masa ini hanya satu perjalanan (trip) feri beroperasi dari Kuala Kedah ke Langkawi dan dua trip perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi.
Beliau berkata, pelancong perlu berada dua jam lebih awal di jeti bagi mengelak kesesakan seterusnya menyukarkan proses saringan kesihatan dan keselamatan sebelum kemasukan ke pulau peranginan itu terutama dengan peningkatan jumlah pelancong ke Langkawi.
Di PAHANG, petugas di Terminal Feri Jeti Teluk Gading (dahulunya Tanjung Gemok) Nurhanim Mohd Jaaffar berkata, pihaknya mengharapkan kerjasama daripada pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak penularan COVID-19 antaranya sentiasa menjaga jarak dan memakai pelitup muka.
Beliau berkata proses sanitasi kerap dilaksanakan di jeti selain di dalam feri yang akan membawa pelancong ke Pulau Tioman dengan kapasiti 130 hingga 200 penumpang.
Di PERAK, bagi sektor pelancongan di Pulau Pangkor, kebanyakan pengusaha teksi kini bersiap sedia menerima pelancong dengan memastikan pengangkutan mereka dalam keadaan terbaik termasuk aspek pematuhan SOP dengan menyediakan kod QR MySejahtera di setiap van.
Selain itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) cawangan Perak Hisham Yusof berharap, kerajaan menyediakan garis panduan SOP yang jelas dan selari bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri supaya tidak mengelirukan pengusaha dan pelancong. – Bernama
Kredit -ismaweb.
Post a Comment