“Semoga Mereput Dalam Neraka”-Caprice Mahu PDRM Kenakan Tindakan Tegas Terhadap Pelaku Seksual

Isu pelaku seksual yang semakin menjadi-jadi di Malaysia mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi rap terkenal, Caprice yang berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku seksual tersebut.

“Semoga Mereput Dalam Neraka”-Caprice Mahu PDRM Kenakan Tindakan Tegas Terhadap Pelaku Seksual



Ada Pihak Tidak Puas Hati 


ARTIKEL MENARIK:“Sebab Dia Buat Dosa & Viralkan Dosa Secara Terbuka” – PU Syed Bidas Kecaman Kak KM


Menerusi hantaran di Instagram, Caprice turut  mendedahkan bahawa terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengannya yang sering melakukan posting mengenai gangguan seksual yang berlaku.

“Salam guys, ada pihak yang tak puas hati tiap kali kita post apa-apa tentang sexual harassment.”- dedah Caprice


Harap Pelaku Seksual Diambil Tindakan Tegas

Dalam pada itu, Caprice turut berharap agar pelaku seksual diambil tindakan tegas oleh pihak Polis.

“Caprice harap @pdrmsia_official ambik tindakan keras kepada sexual predators dekat Malaysia. Makin lama depa ni di bela..makin berani, dan makin rosak Malaysia nanti.”-luah Caprice


Caprice turut menyatakan bahawa mereka yang selalu melakukan kerja terkutuk tersebut akan mengambil kesempatan disebabkan kedudukan dan kuasa yang ada pada sestengah pelaku seksual tersebut.


loading...


“Kalau korang perasan, kes orang beruniform askar isap jari, kes boss cium dahi staff, dan lain-lain..mangsa selalu caught off-guard & stuck bila benda tu berlaku.

Orang yang selalu buat kerja jijik ni akan ambil kesempatan dari kedudukan dan kuasa mereka (uniform, pangkat, atau berpengaruh) to prey on their victims. Semoga pelaku seksual mereput dalam neraka.”-katanya

Tambahnya lagi, sesiapa yang melindungi dan mempertahankan pelaku seksual dan pedofilia, mereka turut bersalah seperti mereka yang melakukan jenayah tersebut.

“Sesiapa yang melindungi, mempertahankan , dan mengikuti pelaku seksual dan pedofilia…anda juga bersalah seperti mereka yang melakukan jenayah itu.”- katanya lagi


Sebelum ini, pernah tular video seorang jurujual wanita di sebuah kedai vape alami gangguan seksual oleh seorang lelaki yang berpakaian seragam. Terkini, tular lagi kes gangguan seksual lain apabila seorang lelaki sengaja mencium kepala mangsa dan memberikan alasan mahu mengambil cop yang telah terjatuh di pejabat mereka.

Semoga pelaku seksual dikenakan tindakan tegas terhadap perlakuan jijik mereka.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...



Post a Comment

Previous Post Next Post