Melaka: “Banyak cerita bukan-bukan yang muncul mengenai anak saya. Saya minta tolong hentikanlah sebar berita tidak benar itu kerana anak saya sihat, tiada apa-apa pun,” kata Ulfah Amat Idris, ibu kepada pelajar yang pengsan selepas menerima vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang, di sini, semalam.
Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan ada reka cerita anaknya, Muhammad Azim Hassan, 13, sudah meninggal dunia.
ARTIKEL MENARIK:Duit tinggal RM2.80, ini ikhtiar suami bantu isteri jalani pembed4han j4ntung – “Impian saya nak ambil lesen motor”
“Saya kecewa dengan penyebaran video berkenaan, ditambah pula membuat cerita yang salah serta bercanggah dengan apa yang berlaku.
“Ada yang mendakwa anak bongsu saya ini tidak bersarapan pagi sebelum menerima suntikan dan ada pula yang mendakwa anak saya hanya makan satu sudu saja pagi semalam, walhal sebelum pergi ke PPV, Muhammad Azim sudah bersarapan nasi lemak dua bungkus.
“Saya pun tak tahu siapa yang sebarkan cerita itu. Saya minta hentikanlah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Duyong, di sini selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, hari ini.
Semalam, tular di media sosial satu video pendek berdurasi 36 saat yang memaparkan remaja berkenaan dipapah seorang lelaki dalam keadaan longlai selepas menerima suntikan vaksin.
Dia kemudian dibawa oleh anggota Rela bertugas masuk ke dalam PPV untuk menerima rawatan.
Mengulas lanjut, ibu kepada empat anak itu berkata, Muhammad Azim pengsan selepas menerima vaksin berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam adalah disebabkan terlalu takut.
Katanya, hasil pemeriksaan doktor juga mengesahkan keadaan kesihatannya baik, namun jantungnya berdegup agak laju.
“Tolonglah jangan sebarkan cerita yang bukan-bukan, malah saya juga tidak tahu siapa yang merakamkan video berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan mengenai vaksin.
“Tiga lagi anak saya berusia antara 17 hingga 21 tahun semua sihat selepas terima vaksin, cuma anak bongsu (Muhammad Azim) semalam sebelum vaksin dia cakap terlalu takut, tapi saya dan keluarga tetap memberinya semangat supaya tidak takut.
“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak, termasuk pasukan keselamatan dan kesihatan yang membantu dalam kejadian semalam,” katanya.
Terdahulu,
Tular Video Remaja Longlai Selepas Vaksin, Timbalan Menteri Kesihatan Dedah Punca Kenapa, Bukan Sebab Vaksin
Sejak petang semalam, satu video tular di media sosial memaparkan seorang remaja didakwa dalam keadaan longlai selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.
Namun memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, remaja itu didapati lewat tidur malam selain tidak bersarapan sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Encore Mall, Klebang, Melaka.
“Pelajar lelaki berkenaan tiada sebarang masalah kesihatan tetapi gementar ketika suntikan dibuat,” katanya dalam laporan tersebut hari ini.
Dr Noor Azmi berkata, situasi seperti itu boleh terjadi kepada individu yang terlalu risau atau tertekan yang dikatakan ‘syncopal attack’ atau ‘vasovagal syncopy’ dalam istilah perubatan.
“Saya akan dapat maklumat lebih terperinci apabila menziarahi pelajar ini esok (Jumaat) jam 8.30 pagi. Apa pun pemeriksaan asas kesihatan perlu dilakukan doktor,” ujarnya.
Difahamkan, pelajar tersebut telah dibenar pulang ke rumah selepas didapati sihat dan selesai melalui proses pemerhatian di PPV berkenaan.
Terdahulu, rakaman video berdurasi 36 saat itu memaparkan remaja terbabit terpaksa dibantu oleh beberapa orang di kawasan letak kereta sebelum dibawa masuk semula ke dalam dewan.
Komen-komen netizen,
Hmmmm klau xamik vaksin ckp anti vaksin.. Tp bile d vaksin jd mcm ni.. Alsan antibody laa.. Dh ak ni lps kne vaksin.. Hbis naik merah2 bdan.. Smpai jd hitam dh, bnjol kt leher tu pn xilang2 lg.. Ckup la 2 vaksin.. Kuk mung laa lps ni nk bt syarat ape ke.. Tetap jgk ak xblh blik kg.. Memg laa ajal maut d tgn tuhan.. Tp selebihnye kite serah je.. No more 3rd dose..
Kalau boleh tak payahlah bagi vaksin prizer kat budak sekolah lagipun antibody budak kuat bukan seperti peringkat umur..kalau boleh bagilah vaksin sinovic dh cukup..
Perkara biasa la tu..sandakan pon ada org pensan dua org..akibat penat dan perut kosong..
Sebelum dicucuk, kasi makan dulu bossku. Kalau cucuk pagi, sarapan dulu. Kalau cucuk tengahari, makan tengahari dulu bossku. Jgnkan budak sekolah…org dewasa pun pewaiii kalau Tak makan selepas dicucuk.
Mudah²an Allah beri kesembuhan & kasih sayangNya kpd anak muda ini & kita semua
Kat mne ni….nk cucuk ni fikiran jgn gelisah cool je..makn dlu minum dlu….fikir yg indah indah….mak bapak harus ambik perhatian sikit pasal nk cucuk ni….mcm tu la aku buat kat mak aku walupn aku xrela mak aku kena cucuk..tp terpaksa….satu langkah aku buat jaga pemakanan dia sblm nk cucuk..badan dia sihat tak…bg dia semangat….dan lepas cucuk pun kite kna bertanya setiap sejam mcm mne badan….aku pun xnk cucuk klau blh…sbb kan niaga kami terpaksa cucuk…dan aku pun mula bertindak menjaga kesihatan….tu je cara nk atasi …..
Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan) , Facebook Yusyus Use
VIDEO:
Sumber : Sinar Harian via Trending Kini
Post a Comment