‘Shooting’ Bersama Cheryl Samad, Dr. Halina Dan Netizen Terkejut Wajah Hos Tak Makan Usia!

Isteri kepada angkasawan negara, Doktor Halina Mohd Yunos luah rasa gementar setiap kali rakaman bermula. Ibu kenapa enam orang cahaya mata ini berkongsi di Instagram, dirinya habiskan masa setengah hari merakam satu projek untuk Pusat Perubatan Sunway yang dihoskan oleh Cheryl Samad.

‘Shooting’ Bersama Cheryl Samad, Dr. Halina Dan Netizen Terkejut Wajah Hos Tak Makan Usia!



Sering Terlupa Skrip


ARTIKEL MENARIK:Muatnaik video produk review tak senonoh, Fiza Halim dikecam warganet


Hantaran yang dimuatnaik di Instagram wanita ini menarik perhatian orang ramai, kerana Doktor Halina mengatakan dirinya sering terlupa skrip semasa rakaman.

Menurut Doktor Halina, walaupun dirinya sering terlupa skrip namun Cheryl merupakan hos yang sangat profesional dan mampu mengendali dirinya yang pemalu sepanjang rakaman berlangsung.


Foto – Instagram @drhalina

“Habiskan separuh hari merakam projek untuk @sunwaymedical . Pertama kali jumpa @cherylsamad . Saya selalu lihat dia di TV semasa saya muda.

Saya sangat gementar setiap kali mereka mula rakaman. Kerap lupa skrip saya.. Tapi bila kamera dah ‘off’, boleh pula saya bercakap.

Hahaha.. Nasib baiklah Cheryl sangat profesional mengendali saya yang asyik lupa skrip dan pemalu ni” Tulis Doktor Halina


loading...


Chery Gembira Dr Halina Seorang Yang Senang Untuk Ditemubual

Melihat hantaran Doktor Halina di Instagram, hos berwajah ayu dan manis ini memberi komen dengan mengatakan, dirinya juga berasa gembira bertemu dengan Doktor Halina dan tidak menyangka wanita tersebut seorang yang senang untuk berbual ketika temubual.

“Sangat gembira bertemu anda hari ini Doktor! Anda seorang yang sangat senang untuk bercakap dan ianya temubual yang menggembirakan” komen Cheryl

Dr Halina Dan Netizen Kagum Cheryl Tetap Nampak Muda

Orang ramai yang melihat foto Cheryl Samad di Instagram Doktor Halina, berkongsi pendapat bahawa hos berkenaan tak berubah dan nampak seperti di zaman muda. Malah Doktor Halina juga membalas komen dan mengiyakan pendapat warganet di Instagramnya.


Foto – Instagram @drhalina

“Dia tak berubah langsung kan Doktor.. Dari dulu macam tu jerr” komen warganet

“@dfatimah_tmot89 memang sama je macam dulu!!!” balas Dr Halina

“Berapa umur dia? Saya biasa tengok dia semasa remaja.. Sekarang saya semakin tua tapi kenapa dia nampak masih sama seperti 20 tahun lalu?” komen warganet

“Sebaya saya.. Tapi entah macam mana dia nampak sama seperti 20 tahun lalu!! Sangat tak adil.. Haha” balas Dr Halina

Memang nampak tak makan usia langsung Cheryl Samad ni, maintain awet muda!


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post