Suri rumah didakwa peras ugut suami, ambil wang RM13,000

Kota Bharu: Suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, di atas pertuduhan memeras ugut suaminya dengan mengambil wang tunai RM13,000, September lalu.

Suri rumah didakwa peras ugut suami, ambil wang RM13,000



Tertuduh, Alimi Wahidah Shamsul, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

ARTIKEL MENARIK:Had jemaah sembahyang Jumaat di Johor ikut kapasiti masjid, surau


Mengikut pertuduhan, ibu dua anak itu didakwa dengan niat jahat melakukan pemerasan terhadap suaminya, Mohd Yasin Junus, 60, dengan cara mengambil wang tunai sebanyak RM13,000 sebagai cagaran sehingga membawa ketakutan kepada mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bilik hotel di Kota Bharu jam 6.19 petang pada 21 September 2021.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazuha Mohd Nasir dan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd Amin.

Terdahulu, Nazuha menawarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Ariyani merayu supaya mahkamah mengurangkan jaminan kepada wanita itu kerana menjaga dua anak yang masih bersekolah dan seorang ibu yang uzur.



loading...


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan perlu melapor diri di Balai Polis Kota Bharu pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Kredit -hmetro

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم