Susulan Gempa Bumi Di Bali, Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Keluarga Nourul Depp Sampai Dia Berterima Kasih Kepada Kenalan Di Malaysia.
Gempa bumi di Bali. Nourul Depp berterima kasih kepada kenalan Malaysia. Rupanya ini yang berlaku pada keluarganya.
ARTIKEL MENARIK:Netizen Pelik, Senario Jarang Dijemput Sebagai Juri Program Lawak. Saiful Apek Beri Jawapan ‘Win’
PETALING JAYA – Penyanyi Nourul Depp berterima kasih kepada kenalan di Malaysia yang bertanyakan khabar dirinya dan keluarga susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Bali, Indonesia pada Sabtu lalu.
Ujar Nourul atau nama lengkapnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, dia sekeluarga berada dalam keadaan selamat, malah memberitahu bahawa dia langsung tidak tahu tentang kejadian gempa bumi tersebut kerana berada jauh di kawasan yang mengalami gegaran.
“Ramai yang bertanya tentang keadaan saya sekeluarga sebab kata mereka ada kejadian gempa bumi di Bali. Saya pun tak tahu cerita sehinggalah ada seorang kenalan tanya sama ada saya okey atau tidak.
“Sebenarnya saya tak rasa pun gegaran gempa bumi tersebut kerana berada jauh. Alhamdulillah saya dan keluarga baik-baik sahaja,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Ekoran itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kerana Terluka itu meluahkan rasa syukur kerana dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas apa-apa.
Difahamkan Nourul yang berhijrah ke Bali bersama keluarganya sejak 19 September lalu itu tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Canggu manakala lokasi kejadian gempa bumi itu pula berlaku di timur laut Banjar Wanasari.
Tiga individu disahkan terkorban dalam satu gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang melanda pulau Bali, awal pagi tadi.
Gempa bumi tersebut melanda pada kedalaman yang cetek iaitu 10 kilometer timur laut bandar Banjar Wanasari.
Dua individu terkorban selepas gempa bumi itu mengakibatkan tanah runtuh yang kemudiannya menimbus kediaman mereka di wilayah Bangli sementara seorang lagi mangsa terkorban di bandar pelabuhan Karangasem. – K! ONLINE
Berhijrah ke Bali sampai terpaksa tinggalkan anak sulung. Sekali Nourul Depp tampil jawab pertikaian warganet.
Penyanyi Nourul Depp menjawab pertikaian warganet mengenai penghijrahannya ke Bali, Indonesia tanpa anak sulung, Ayu Nazirah.Nourul menerusi sesi live di Instagram berkata, tidak ada ibu yang gembira apabila terpaksa berpisah dengan darah daging mereka. Bagaimanapun kata Nourul, Ayu yang kini berusia 23 tahun berhak menentukan jalan hidupnya sendiri, tambahan lagi bapa kandungnya juga di Malaysia.
“Tak ada ibu yang tak sedih bila terpaksa berjauhan dengan anaknya. Saya dan Ayu pernah berjauhan sebelum ini ketika Ayu belajar di Sarawak. Ayu berhak tentukan hidupnya sendiri. Kami ada membincangkan tentang perkara ini dan dia memilih untuk tinggal di Malaysia. Tidak mengapa, kerana Ayu memiliki dan menguruskan perniagaan dia di Malaysia. Bapa Ayu juga di sana, takkan dia nak tinggal…,” katanya menahan sebak.
Membalas kenyataan ibunya, Ayu berkata dia sudah mengetahui lebih awal tentang rancangan ahli keluarganya yang akan berhijrah ke luar negara. “Ayu memang dah tahu keluarga akan berpindah ke Bali. Itu impian bapa tiri saya untuk tinggal di sana selepas bersara. Saya dah bekerja dan mampu menyara kehidupan sendiri sekarang, Alhamdulillah. Pada usia yang muda saya berbangga kerana peluang yang diberikan mama kepada saya. Sudah sampai masa saya hidup berdikari, sampai bila nak duduk bawah ketiak mak. Sayang mak tu tetap, nanti Bali buka saya akan pergi ke sana,” katanya positif.
Video :
Link Video : Ada Dipaling Bawah Artikel Ini
Sementara itu Nourul berkata, dia pasti akan merindui anak sulungnya itu dan mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja kapal terbang berlepas. “Mestilah rindu, siapa kata tak rindu. Bila kapal terbang berlepas ja, saya rasa macam separuh daripada badan ni tertinggal. Ayu Nazirah tinggal kat sini. Ya Allah…Tanah Malaysia, jagalah anak aku…“Berat hati dan sedih mestilah ada, tempat lahir kita.
Banyak kenangan…Mak, adik-beradik semua ada di sana. Tetapi hidup perlu diteruskan,” katanya menitiskan air mata. Nurul dan keluarga kini berada di Jakarta sebelum berangkat ke Bali tidak lama lagi. Sumber : Gempak
Isu brbalah sesama artis. Sekali ini pesanan Nourul Depp buat ramai yang terkedu.
Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp ada menyuarakan pendapat berhubung isu pertelingkahan yang sering berlaku dalam industri hiburan membabitkan sesama selebriti tanah air. Sebagai penyanyi yang sudah menceburi dunia hiburan lebih 20 tahun, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab berpendapat situasi ini berlaku susulan situasi pandemik Covid-19 negara.
Selain itu, penyanyi berusia 44 tahun ini mengatakan setiap individu itu berhak untuk tersinggung sekiranya kata-kata yang dilontarkan itu boleh mencemarkan imej dan maruah.
“Sebenarnya situasi ini berlaku disebabkan situasi yang banyak huru-hara dengan keadaan pandemik, politik dan macam-macam. Saya nak pesan kita bukan lagi kanak-kanak, memang kita ada hak untuk bersuara.
“Saya tahu mengenai perkara ini tapi dari segi perincian memang saya tidak ambil tahu, lebih-lebih sebab saya pun sibuk dengan hal saya. “Sebolehnya, tak mahu bebankan saya punya fikiran dengan perkara yang menyempitkan untuk kita tengok dan perbetulkan diri kita,” katanya.
Dia pada masa sama menjelaskan, adalah sangat penting untuk berfikir secara waras dan rasional sebelum melontarkan kata-kata kepada orang lain agar situasi seperti ini dapat dielakkan. “Dalam situasi sekarang yang huru-hara dengan macam-macam membuatkan kita mungkin tidak berfikir dan bercakap secara betul.
“Jadi berfikir sebelum kita bercakap, ada pihak yang berhak untuk terasa hati sebab kita semua manusia. “Bila dah bawa perkara ini sampai ke mahkamah dan sebagainya, individu atau artis itu dia ada hak kalau dia rasa benda itu boleh merosakkan nama baik dia.
“Jadi sebelum berlaku lagi perkara seperti itu, saya mahu pesan tak kisah pada sesiapa pun untuk kita berfikir dahulu sebelum berkata apa-apa,” katanya lagi. Penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini berkongsi hal tersebut serta pelbagai kisah lain melibatkan dirinya menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini. Foto: Instagram Nourul Depp
Sendiri terfikir mana pergi semua persahabatan. Nana bawa kes ke mahkamah sekali ini respon dari Syura.
”Kalau bukan nak bercakap tentang apa yang berlaku, saya okey,”. Demikian kata-kata pemilik nama lengkap Zuraidah Badron, 35, ini sewaktu ditemu bual HibGlam berhubung kntroversi melibatkan empat sahabat lain lagi berhubung isu saman penyanyi Siti Nordiana.
Umum mengetahui kemelut antara Syura ‘lima sekawan’ dengan Siti Nordiana yang bermula daripada pendedahan terbuka menerusi sesi Instalive pada 20 Julai lalu. Syura dan Siti Nordiana atau Nana mempunyai sejarah panjang dalam industri seni tanah air.
Lebih dua dasawarsa melebarkan perjalanan karier sebagai penyanyi, mereka pernah bernaung bawah bumbung syarikat rakaman yang sama iaitu FMC sedari usia belasan tahun. Lebih nostalgik, mereka pernah merakamkan album duet Firus pada 2001.
Orang industri yang pertama
Masih basah dalam memori, mereka juga pernah berlakon dalam sebuah telefilem berjudul Helah. Pada waktu tersebut, mereka masih anak dara, manakala Achik Spin memainkan peranan hero. Masa berlalu, hubungan berselirat sehingga membentuk sengketa, sudah tentu ada yang tercuit, terkenangkan pahit manis era tersebut, terutama dalam kalangan peminat dalam lingkaran era dimaksudkan.
”Tiada siapa mahu semua ini berlaku. Jujur saya cakap, ketika mula bertatih dalam bidang seni, dialah (Nana) orang pertama yang saya kenal. ”Kami satu label yang sama, nyanyi, bikin video muzik dan pergi ‘road tour’ bersama-sama sejak berusia 14 tahun.
”Apabila semua ini berlaku, sudah tentu saya sendiri fikir mana pergi semua persahabatan. Saya percaya, manusia tak sempurna dan itu juga sifat saya. ”Kita semua buat silap kerana itu memang fitrah,” kata juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua itu.
Tuturnya lagi, perselisihan faham adalah satu perkara lazim, namun tidak menyangka akan berlarutan sampai ke mahkamh. Dia sedar, dunia semakin memburuk dengan pelbagai permsaIahan. Dirinya sendiri tidak mahu perhubungan manusia berbenih kebencian yang tidak menguntungkan.
”Salah faham bukan hanya berlaku dalam hubungan suami isteri, adik-beradik pun kadang-kadang bertkam lidah. Kami yang bergelar anak seni pun ada pasang surutnya dalam soal emosi yang akhirnya merugikan diri sendiri.
Reda, tunggu kata mahkamh
” Saya percaya itu juga yang berlaku antara saya dengan Nana. Kami pernah sama-sama menjalani zaman anak dara sampailah sekarang. ” Bohonglah kalau saya cakap tak sedih dengan apa yang berlaku. ” Kalau boleh saya tak nak keruhkan keadaan. Daripada pihak saya, dari bibir saya sendiri, saya mohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku baik apa yang orang tahu mahupun tidak.
”Saya tak nak orang cakap saya sengaja dramatik tetapi ketika dunia kacau-bilau dengan COVlD-I9, setiap hari ada sahaja manusia hilang insan tersayang disebabkan virus covid 19 itu, mengapa perlu bersngketa sesama kita,” luah pelantun lagu Candak itu.
Tidak mahu dilihat terlalu bersikap dfensif, ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan, apa sahaja yang berlaku selepas ini, diserahkan kepada takdir dan tertakluk kepada tindakan lanjut Nana. ”Saya sudah sampai tahap fikir, apa sahaja yang keluar dari bibir saya, orang ramai akan label saya yang memulakan angkara ini, sayalah ‘villain’ dan sebagainya.
”Kalau dia (Nana) rasa bawa perkara ini ke mahkamh dapat selesaikan msaIah, terpulang kepadanya. ”Saya reda dan ikut sahaja kalau itu memberikan keadilan kepada siapa yang berasakan dirinya teraniaya atau bagaimana.
”Setiap kali dalam usai solat, saya sentiasa berdoa agar segala permsaIahan yang dihadapi ditunjukkan jalan keluar oleh Allah SWT. ”Saya tak mahu keruhkan keadaan dengan mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya kepada media. ” Lebih baik simpan, telan dan hadam sendiri. Biarkan waktu memberi jawapan terbaik. Insya-Allah, semuanya akan dilunaskan dengan cara terbaik,” katanya.
Sumber: kosmo
Link Video : nouruldepp via Trending Kini
إرسال تعليق