Syarikat Telekomunikasi Gagal Tunaikan Janji. Ini Tindakkan SKMM.

KOTA BHARU – Syarikat telekomunikasi akan dikenakan denda sekiranya gagal menyediakan perkhidmatan seperti yang telah dijanjikan kepada pengguna, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Syarikat Telekomunikasi Gagal Tunaikan Janji. Ini Tindakkan SKMM.



Beliau berkata, undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai peruntukan, di mana setiap syarikat telekomunikasi perlu melaksanakan standard-standard minima yang telah ditetapkan.

ARTIKEL MENARIK:Allah nak pelihara pasti terpelihara. UEL percaya hanya Allah sahaja yang mampu menentukan segalanya dan makhluk langsung tiada kuasa.


Menurut Annuar, sekiranya tidak melepasi standard minima yang telah ditetapkan, SKMM diberikan kuasa untuk memberikan peringatan kepada syarikat berkenaan, termasuk mengenakan denda kewangan.

“SKMM diberikan kuasa untuk mengingatkan mereka (syarikat telekomunikasi) agar meningkatkan perkhidmatan, sekiranya tidak mengikut ketetapan yang ditetapkan syarikat itu boleh dikenakan denda.

“Malah, sekarang SKMM sering turun ke lapangan untuk melihat masalah dan aduan yang dialami oleh masyarakat, sama ada menerusi maklumat dan aduan yang diperoleh secara terus ataupun tidak termasuk yang tular di media sosial dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Belajar Dari Rumah Untuk Institusi Pengajian Tinggi, di Politeknik Kota Bharu (PKB), Kok Lanas di sini pada Ahad. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee dan Pengarah PKB, Rosli Idris.


loading...


Mengulas lanjut, Annuar berkata, pihaknya juga telah mewujudkan portal The Jalinan Digital Negara (Jendela) Map, sebagai platform kepada masyarakat untuk membuat aduan berkaitan liputan, kelajuan telekomunikasi dan sebagainya.

“Untuk mendapatkan maklumat yang cepat di kawasan mana yang terkesan dengan rangkaian jalur lebar, kita telah menwujudkan portal Jendela Map di mana SKMM akan melakukan pemantauan setiap hari untuk membuat tindakan susulan melawat dan membaiki.

Sumber : SH via KHALIFAH MEDIA NETWORKS


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post