Syria dakwa Israel lancar serangan peluru berpandu

BEIRUT, 24 Rabiulawal 1443H, Ahad – Media Syria melaporkan bahawa pasukan pertahanan udaranya memintas peluru berpandu negara pengganas Israel di kawasan pinggir bandar Damsyik.

Syria dakwa Israel lancar serangan peluru berpandu



Menurut kenyataan tentera, peluru berpandu dilancarkan pada Sabtu itu menyasarkan tapak di kawasan luar bandar sekitar Damsyik dan memusnahkan sebahagian daripadanya, lapor media kerajaan SANA.

ARTIKEL MENARIK:Lelaki disiasat kerana pamer ‘serpihan badan’ manusia pada van


Dilaporkan dua tentera cedera dan beberapa kerosakan berlaku.

“Israel melepaskan peluru berpandu dari utara Palestin yang diduduki menyasarkan kawasan berhampiran Damsyik.

“Pertahanan antipesawat kami telah diaktifkan dan dapat memintas beberapa peluru berpandu musuh,” lapor SANA, memetik seorang pegawai tentera yang tidak dinamakan.

Serangan Israel ke atas Syria kebanyakannya berlaku pada waktu malam.

Serangan semalam berlaku beberapa hari selepas Syria mendakwa Israel melakukan serangan di selatan negara itu, tanpa memberi maklumat lanjut.

Israel telah melancarkan ratusan serangan terhadap sasaran ketenteraan berkaitan Iran di Syria selama ini tetapi jarang mengakui atau membincangkan operasi berkenaan.


loading...


Israel mengakui menyasarkan pangkalan tentera bersekutu Iran, seperti kumpulan Hezbollah.

Ia susulan penghantaran senjata yang dipercayai untuk kumpulan itu.

Hezbollah berperang di pihak tentera Presiden Syria, Bashar Assad dalam perang saudara. – Agensi


Kredit -Portal Islam dan Melayu

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post