Semua orang sudah mula merancang perjalanan untuk bercuti bersama keluarga setelah sekian lama kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.
Pasti ramai yang tidak sabar dan mula melepaskan geram kerana sekatan merentas negeri juga sudah dibenarkan. Mula memilih lokasi destinasi percutian dan merancang untuk menggunakan kenderaan sendiri atau juga penerbangan.
ARTIKEL MENARIK:Jangan Terlalu Gembira! Ini Kos Tersembunyi Yang Anda Perlu Tanggung Sekiranya Ke Luar Negara
Bagi anda yang memilih untuk bercuti dengan menaiki kapal terbang, perkara penting yang harus dititik beratkan ialah tentang ketepatan masa penerbangan. Kalau anda terlepas penerbangan, mesti hancur harapan percutian yang sudah lama diidamkan. Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor mengapa seseorang boleh terlepas kapal terbang.
via Naka
Bermula dari kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang atau waktu berlepas terlalu dekat dengan waktu ‘take-off’. Namun, jangan panik kerana seorang pramugari, Kat Kamalani yang berpengalaman dan juga merupakan seorang tiktoker telah memberikan ‘trik’ apakah yang harus anda lakukan sekiranya anda terlepas kapal terbang.
Sebenarnya, ‘trik’ atau muslihat ini akan membolehkan anda masih dapat menaiki kapal terbang semula.
“Ramai yang mengalami perkara sebegini, terlambat ke pintu berlepas dan terus panik!. kata Kat Kamalani menerusi videonya.
Berikut adalah langkah-langkah yang dikongsikannya sekiranya anda berada di situasi tersebut. Jom kita tengok!
1. Jangan Panik
via MP
Perkara pertama yang harus anda lakukan adalah jangan panik dan tetap tenang. Terus sahaja pergi ke pintu masuk jika kapal terbang belum berlepas walaupun anda sudah terlambat beberapa minit. “Sebabnya mungkin ada penundaan jadual dan anda juga mungkin berhasil untuk kembali dalam penerbangan yang sepatutnya”.
2. Dapatkan Bantuan
via Vocket.Com
Menurutnya, setiap syarikat penerbangan mempunyai pegawai yang akan menangani masalah penumpang yang terlambat ke pesawat. Pelancong boleh meminta pertolongan pegawai tersebut dengan langkah seterusnya yang boleh diambil.
Tambah Kamalani lagi bahawa jika anda lebih tenang dan berkelakuan baik, mereka pasti akan berusaha untuk menempatkan anda kembali ke dalam pesawat sekiranya pesawat anda masih berada di lapangan. Namun jika anda datang dalam keadaan yang marah dan tidak terkawal, pegawai bertugas akan terus membawa anda ke penerbangan yang seterusnya.
Tetapi, jika sebaliknya yang berlaku dan pesawat telah berlepas, maklumkan kepada staff yang bertugas bahawa anda telah terlepas ‘flight’ dan ikut arahan seterusnya. Serahkan dokumen yang berkaitan untuk tujuan pemeriksaan.
Pegawai yang bertugas akan membantu anda untuk mendapatkan tiket yang baru dan anda harus membayar harga tiket seperti yang dinyatakan oleh petugas.
Akhir sekali tunggu ‘boarding time’ dan jangan terlepas lagi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Apapun yang penting, pastikan anda sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin ya sebelum merancang perjalanan anda! Selamat bercuti dan jaga diri. #Sayangdirisayangsemua
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق