Tiz Zaqyah Bosan! Golongan Anti Vaksin Sering Beri Pelbagai Alasan

Mungkin bosan melihat sikap golongan anti vaksin yang sering memberi pelbagai alasan di media sosial, membuatkan bintang drama bersiri popular Nur Kasih dan Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah berkongsi pandangannya di laman Twitter hari ini.

Tiz Zaqyah Bosan! Golongan Anti Vaksin Sering Beri Pelbagai Alasan




Minta Anti Vaksin ‘Move On’


ARTIKEL MENARIK:Achey & Fad Kini Dalam Kumpulan Boro, Apa Jadi Dengan Bocey?


Pelakon jelita ini menyuarakan pandangannya, dengan menyifatkan sikap golongan anti vaksin yang sering berdolak-dalih memberi alasan mengenai vaksin sebagai membosankan dan mahu golongan tersebut ‘move on’.


Foto – Twitter @TI25AQYAH

“Cakap saja, anda tidak mahu vaksin sebab anda tidak mahu. Lagi pun anda semua beri alasan yang sama, ianya bosan. ‘Moving on’.” Ciapnya di Twitter


loading...


Sekadar info, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak antara selebriti yang aktif di laman Twitter. Selain berkongsi perihal dirinya, Tiz juga gemar mengulas isu semasa yang hangat diperkatakan oleh warganet.

Bak kata Tiz Zaqyah, ‘move on’ sajalah tak perlu beri pelbagai alasan sebab perkara pokoknya diri sendiri memang tak nak ambil vaksin tersebut.

Apa kata anda?


Kredit -Murai MY.
-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post