[VIDEO] Aliff Syukri Cium Jenazah Nenek Buat Kali Terakhir Buat Ramai Sebak

Pada petang Ahad, jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi khabar duka apabila nenek kesayangannya, Hajah Aminah Binti Satar telah kembali ke rahmatullah.

[VIDEO] Aliff Syukri Cium Jenazah Nenek Buat Kali Terakhir Buat Ramai Sebak





ARTIKEL MENARIK:PU Syed Mula Meluahkan Sudah Puas Menegvr Kak KM Dan Mended4hkan Ini Yang Perlu Dilakukan


Meninggal Dunia Dalam Kereta Aliff 

Dalam coretan yang ditulis di beberapa hantaran Instagram, Aliff berkata pada mulanya dia berasa terlalu gembira apabila neneknya dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Namun begitu, kegembiraan tersebut hanyalah seketika apabila insan istimewa dalam hidupnya itu menghembuskan nafas yang terakhir beberapa jam selepas pulang ke rumah. Lebih menyedihkan, Allahyarhamah telah meninggal dunia di dalam kereta yang sedang dipandu oleh Aliff.

“Saya terlalu happy ketika petang tadi(Sabtu) sebabnya nenek dibenarkan pulang oleh hospital KPJ.. selepas 7-8 jam nenek telah meninggalkan kami semua.. dalam kereta yang dipandu saya ketika jam 2 pagi.. doakan nenek saya ditempatkan oleh org yang beriman..

“Al-Fatihah..Kri sayang Nenek sampai syurga” tulis Aliff yang dikemaskini oleh pembantu peribadinya di Instagram

Kongsi Video Terakhir Kucup Allahyarhamah 

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi video detik-detik dia mengucup dahi serta memeluk jenazah Allahyarhamah neneknya buat kali terakhir sekaligus mencetus rasa sebak dikalangan pengikutnya.


loading...


Malah, dia turut menyifatkan pemergian neneknya sebagai perkara yang paling ditakuti dan ia telah pun terjadi.

Bagaimanapun menurut usahawan itu, meskipun berasa terlalu sedih namun dia redha dengan ketentuan-Nya dan dapat beri yang terbaik serta gembirakan neneknya sehingga ke akhir hayat.

“Selamat Jalan Nenek ku sayang ke negeri Abadi..yang saya anggap macam ibu saya sendiri..apa yang Syukri takut selama ini dah jadi kenyataan..Syukri takut hilang nenek… @bondarozitaibrahim @shahidadherbs banyak kuatkan saya…

“Syukri amat sedih tapi Syukri redha..Syukri dah beri yang terbaik untuk nenek…gembirakan usia hujung nenek dengan kasih sayang” kongsi Aliff

Untuk info, berdasarkan perkongsian ibu Aliff yang juga usahawan dikenali ramai sebagai Bonda Rozita memaklumkan Allahyarhamah Aminah meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas. Kongsinya, sebelum itu pihak hospital terlebih dahulu memaklumkan Aminah sudah tidak mempunyai harapan untuk hidup dan jantungnya juga hanya berfungsi 40% . Salam takziah dari kami di Murai.my buat Aliff Syukri sekeluarga. Al-Fatihah.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم