Warga Emas Ditahan Sebab Tikam Pencuri Nak Pertahankan Diri Daripada Cedera

Hanya kerana ingin menangkap pencuri, seorang lelaki warga emas di Demak, Indonesia ditahan oleh polis gara-gara didakwa melakukan penganiayaan kepada pencuri berkenaan.

Warga Emas Ditahan Sebab Tikam Pencuri Nak Pertahankan Diri Daripada Cedera



Warga emas berjaya tangkap pencuri

ARTIKEL MENARIK:Pandora Papers: SPRM Kerjasama Dengan Bank Negara Lakukan Siasatan


Ketika kejadian berlaku, lelaki warga emas berusia 74 tahun itu dikatakan berjaya menangkap seorang pemuda berusia 30-an yang sedang mencuri ikan di kolam ikan berkenaan.

Menurut peguam dari LBH Demak Raya, Hariyanto, lelaki warga emas berkenaan merupakan penjaga kolam itu sejak 7 September 2021 dan dia dikatakan tinggal di pondok sekitar kolam tersebut.

Pakcik itu memang penjaga kolam ikan di sana, dia tidur di pondok situ. Pada 7 September sekitar 6.30 petang, pakcik itu telah menangkap pencuri di kolam tersebut.


Difahamkan lelaki warga emas berkenaan telah menegur pencuri tersebut secara baik, namun pencuri terbabit tidak dapat menerima teguran lalu bertindak menyerang warga emas itu dengan menggunakan alat menangkap ikan yang dibawa olehnya.

Warga emas itu jerit mengatakan ada pencuri di kolam berkenaan tapi tak ada yang memberikan respon kerana jarak kolam dengan penduduk jauh.

Pencuri itu nak serang warga emas itu, kemudiannya warga emas tersebut mengambil sabit dan membaling ke arah pencuri itu untuk melindungi dirinya.

Dalam pada itu, warga emas berkenaan mengatakan bahawa perkara tersebut bukan pertama kali berlaku, namun telah berlaku banyak kali sehingga pernah kehilangan pam air di kolam ikan terbabit.

Sebelum ini, kolam ikan yang dijaganya sering kehilangan barang. Semalam, pencuri telah berjaya menangkap hampir 20 kilogram ikan. Sebab itulah warga emas tersebut memilih untuk tidak mendiamkan diri lagi.


loading...


Warga emas terbabit dipenjara

Setelah bergelut dengan pencuri berkenaan, warga emas tersebut membuat keputusan untuk melaporkan kejadian terbabit kepada penduduk kampung dan mengaku bahawa dia telah menikam mangsa.

Susulan daripada itu, warga emas tersebut dibawa ke balai polis untuk melaporkan kejadian berkenaan. Namun begitu, penahanan warga emas itu merupakan suatu perkara yang agak keterlaluan.

Ianya tak masuk akal sebab seseorang itu menangkap pencuri, melindungi dirinya dari ancaman tapi dipenjara dan dihukum.

Untuk berlaku adil, pencuri itu juga perlu dipenjara kerana penipuan bukan hanya warga emas terbabit sahaja yang dipenjara. Lebih-lebih lagi, dia buat begitu kerana untuk melindungi dirinya sahaja.

Walau bagaimanapun, pihak polis Demak serta Pejabat Pendakwa Raya Demak masih lagi belum memberikan sebarang maklumat lanjut berkenaan kes tersebut.

Sumber : Kumparan Via OB via Trending Kini

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post