Baru je disahkan positif CvdI9. Fara fauzana tampil beri tips dan apa yang perlu dibuat dengan segera.

Penyampai radio, Fara Fauzana menyarankan mereka yang disahkan positif CVDI9 perlu segera memaklumkan orang terdekat mengenai perkara tersebut.

Baru je disahkan positif CvdI9. Fara fauzana tampil beri tips dan apa yang perlu dibuat dengan segera.



Fara atau lebih mesra dengan panggilan Fafau juga memaklumkan tindakan awal seperti itu akan memudahkan pihak berwajib untuk mengambil langkah keselamatan seperti melakukan proses sanitasi di kawasan yang diduduki.

ARTIKEL MENARIK:Ini Jawapan Iqbal Apabila Ditanya Mengapa Tertarik Terhadap Wanita Berusia


“Bila FF beritahu yang FF positif CVD ramai juga yang hadir secara langsung dan tidak tapi percayalah ia sangat-sangat membantu.“Jadinya FF nak beritahu dekat kawan-kawan kalau anda di sahkan positif jangan lah down ya. Beritahu kawan-kawan dan ahli keluarga. Kalau nak rasa selesa beritahu jiran kiri kanan dan kalau duduk kat appartment terus maklumkan pada management agar mereka boleh buat tindakan seterusnya (seperti sanitize lift dan maklumkan pada penduduk yang lain) “Ramai kawan-kawan yang berkongsikan pengalaman mereka bila disahkan positif malah ada yang berkongsi macam mana mereka jaga pesakit CVD yang merupakan ahli keluarga mahupun jiran.

Korang awesome dan saya berterima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman (korang boleh baca kat bahagian komen kat post sebelum ni)“Kepada yang kehilangan orang tersayang disebabkan CVD FF ucapakan Takziah. Kepada yang tengah fight benda ni … WE CAN DO IT,” coretnya.

Dalam pada itu, Fafau juga mengingatkan orang ramai supaya jangan leka dan sentiasa berhati-hati kerana kes semakin meningkat.Fafau juga menasihatkan jangan menuding jari kepada mana-mana pihak sekiranya ada kenalan yang dijangkiti COVID-19.“Kepada yang lain, kes semakin meningkat. Sama-sama kita jalankan tanggujawab bersama. Ini bukan masa untuk kita tanya “kena macam mana? Siapa yang bagi kau CVD tu?” Nope! ni bukan masa untuk kita tuding jari. Benda kalau nak jadi akan jadi juga.“Yang penting kalau disahkan positif sila MAKLUMKAN & UPDATE MYSEJAHTERA dan jujur.“Nota: Terima kasih pada semua yang membantu. You know who you are. May Allah rewards you for your kindness,” tulisnya. Sumber: Gempak

Fara Fauzana Dedah Disahkan Positif CvdI9. Sekali Rupanya Ini Punca Dia Dijangkiti.

Pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana mengumumkan bahawa beliau telah disahkan positif  CVDI9.

Positif CvdI9 Disebabkan Berlaku Kontak Rapat

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, beliau berkongsi kisahnya yang disahkan positif CVDI9 disebabkan kontak rapat (close contact). “PENANGAN CVD. Random sharing on the 1st day bila dapat tahu POSITIVE Cvd due to close contact. Bila kita tahu je kita close contact terus home quarantine kan diri. FF dah home quarantine since Monday”-Fara Fauzana


Fara Fauzana turut menceritakan bahawa beliau sudah mula batuk dah rasa pening sebelum beliau pergi melakukan PCR Test. “By the way masa hari nak pegi buat PCR tu saya dah start batuk and kepala dah start pening ditambah dengan ada rasa ‘cucuk2’. Haipp bukan cucuk tang sini cucuk tang sini, itu lain.”-Fara Fauzana

Wajahnya Sentiasa Mengenyit Mata Disebabkan Menahan Rasa Sakit


Tambahnya lagi beliau menjelaskan wajahnya yang sentiasa mengenyit mata disebabkan menahan rasa sakit yang menyucuk di belakang kepala di antara telinga dan leher. “Muka tu dok kenyit-kenyit mata sebab dok tahan sakit cucuk-cucuk kat belakang kepala between telinga dan leher.”

Rakan Selebriti Titip Doa 

Tinjauan Murai My di ruangan komen bekas penyampai berita mendapati ramai rakan selebriti seperti Sharifah Amani, Nourul Depp, Liyana Samsudin, Alyah, dan ramai lagi  tampil membanjiri di ruangan komen yang mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dengan cepat. “Semoga cepat sembuh Kakak. Praying for your swift recovery InsyaAllah. Sayang you.” Cepat sembuh adik. Minum banyak air, tea hijau dan juga VITAMIN C & D”-Nourul Depp


“Allah…stay strong! Semoga cepat diberi kesembuhan..Kak Long Shah Alam.”-Liyana Samsudin “Semoga cepat sihat ya makHencik..Didoakan segala kebaikan untuk u.”-Alyah


Kami turut mendoakan agar Fara Fauzana diberikan kesembuhan dengan cepat dan kuat hadapi ujian yang dihadapi. Semoga cepat sembuh! Sumber : Murai.my

Doakan Orang Buat Swab Test Kena Covid19.Warganet Anggap Petugas Keterlaluan.

Seorang petugas barisan hadapan menerima kritikan serta kritikan susulan tindakannya yang mendoakan salah seorang individu yang menghadiri ujian saringan agar dijangkiti virus Covid-19.


loading...


Petugas doakan pesakit kena Covid-19

Kejadian itu telah dirakam oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Shuhada Dee dan kemudian dikongsikan di platform tersebut sehingga menjadi perhatian warganet.

Menerusi video pendek itu, petugas berkenaan bertanya sekiranya individu berusia 16 tahun itu sama ada telah menerima vaksin sebelum dia mendoakan agar individu terbabit terkena jangkitan virus tersebut.


“Apalah doakan orang macam tu”

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram terhadap kata-kata petugas itu yang dianggap keterlaluan menyebabkan mereka berhasrat agar video tersebut  sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.




Sumber: Redaksi

Pameran Bendera Putih Memperingati Mangsa Pergi Akibat Covid19.

AMERIKA Syarikat (AS) mengadakan pameran seni baharu bagi memperingati mangsa-mangsa yang maut akibat Covid-19.Sehingga Jumaat, sekurang-kurangnya 670,034 orang pergi akibat wabak itu di AS, menurut University Johns Hopkins.

Pameran yang dianjurkan oleh artis Suzanne Brennan Firstenberg itu menempatkan lebih 600,000 bendera putih di National Mall.


Selain memberi gambaran visual mengenai kehilangan nyawa akibat wabak, bendera yang ditempatkan juga memuatkan mesej peribadi dari orang tersayang yang boleh ditinggalkan secara langsung atau dalam talian melalui laman web untuk pemasangan.

“Begitu banyak kehilangan nyawa berlaku tanpa pengetahuan.

“Ketika saya berkesempatan membawanya (bendera) ke National Mall, meskipun saya tahu ini adalah tugas sangat besar, tetapi ia adalah tanggungjawab saya,” kata Firstenberg, 62.

Sebelum ini, dia membuat pemasangan bendera dengan jumlah lebih kecil pada tahun lalu berhampiran Stadium RFK di Washington.

Firstenberg berkata, penduduk AS harus mengambil risiko untuk bekerja bagi mencegah kegawatan ekonomi yang lebih terkesan berbanding risiko kesihatan akibat wabak itu.


“Itu benar-benar mengganggu saya. Saya berasa seolah-olah seseorang harus melakukan sesuatu untuk membuat kenyataan bahawa dengan kematian ini, kita juga harus menghargai setiap kehidupan ini, “ katanya. Sebelum pameran dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Khamis, seorang ahli keluarga mangsa yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 mengakui dia terharu melihat ayahnya dihormati.

“Salah satu bendera itu mewakili ayah saya yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 kira-kira 11 bulan yang lalu. Saya tidak menyangka akan sangat beremosi melihat ini tetapi di sini saya menangis. Tolong, jangan sekali-kali, lupakan mereka,” katanya melalui satu catatan di media sosial yang dikongsi di akaun National Mall. Sumber: Mstar  via Era Kini

Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post