Karl Shafek dedah pernah simbah petrol pada badan dan bawa kereta tanpa sedar gara gara sakit ini. Sekali ini yang dia harapkan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, hampir dua tahun pengacara dan pereka fesyen streetwear, Karl Shafek bertarung dengan diri sendiri selepas mengalami masalah mnt4l sehingga menyebabkan dpr3si.

Karl Shafek dedah pernah simbah petrol pada badan dan bawa kereta tanpa sedar gara gara sakit ini. Sekali ini yang dia harapkan.



Dia bagaimanapun cuba untuk terus positif dalam meneruskan kehidupan di samping meneruskan kerjaya dan bidang seni dan fesyen. Syukur, keadaannya kini kian baik dan Karl gembira dengan perubahan yang sedang dialaminya ketika ini.

ARTIKEL MENARIK:Rupanya ini cerita yang mungkin ramai tak tahu. Datuk Fazley Yaakob tampil berkongsi kisah suka duka bersama isteri.




“Alhamdulillah, kalau nak ikutkan keadaan saya semakin pulih. Walaupun saya masih perlu makan ubat sejak mengalami masalah berkenaan sekitar dua tahun lalu, namun saya tidak pernah alami kejadian-kejadian pelik seperti dulu. Tambahan pula, saya masih lagi mengikuti sesi kaunseling yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Saya berasa gembira kerana telah nampak perubahan pada diri sendiri,” katanya.

Mengimbau kembali saat dirinya dibelenggu depresi, Karl berkata, ada beberapa perkara yang dilakukannya pada sehingga hampir meragut nyawanya sendiri. “Saya bukanlah kata saya mahu bunuh diri, tetapi ketika itu saya seperti mahu mengakhiri rasa sakit. Sehinggakan, saya memandu kereta tanpa sedar dan menyimbah petrol pada badan. Tetapi, pada waktu itu, tiada sesiapa tahu melainkan keluarga dan teman rapat. Sehinggalah doktor yang merawat saya memberikan lampu hijau, baru saya berani bercerita dengan orang ramai,” katanya.

Karl ditemui pada acara pertunjukan fesyen Neonate Clothing di Kuala Lumpur Fashion Week 2021, pada Ahad. Berkongsi mengenai pendapatnya soal tanggapan orang ramai terhadap selebriti yang kerap terkait dengan masalah mental, ini pandangan Karl; “Ramai yang kata mereka yang mengalami masalah mental ini suka mencari perhatian, tetapi bagi saya, tanggapan itu salah. Hal ini kerana, ada yang benar-benar disahkan menghidap masalah mental dan ada juga yang self-claim mengalami masalah berkenaan. Apa pun, saya harap yang struggle macam saya akan pulih,” katanya lagi.

Sementara itu, koleksi baharu Neonate Clothing, Noir sebenarnya diinspirasikan daripada pengalaman sendiri yang berperang dengan kesihatan mental, di samping kepayahan yang dilalui oleh rakyat Malaysia sewaktu fasa pandemik COVID-19.

“Selalunya, koleksi Neonate menampilkan warna-warna terang. Namun, disebabkan mengambil inspirasi daripada hal-hal yang ‘muram’ kami bercadang untuk menampilkan warna-warna gelap untuk koleksi kali ini. Saya harap agar setiap mesej yang ingin saya sampaikan melalui koleksi ini dapat diterima oleh penggemar fashion di luar sana,” katanya.

Menampilkan sebanyak 30 rekaan, koleksi Noir yang turut disokong oleh Kamya Glow dipersembahkan oleh barisan muse pilihan Neonate iaitu Nam Ron, Abdul Latif Romly, Sabronzo daripada kumpulan pop Dolla, Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek popular Bosco dan Aidil Maula.

Kamya Glow pula merupakan minuman botani yang membantu mengurangkan masalah kulit muka seperti jeragat, kulit kering, tona tidak sekata, jerawat, parut jerawat, tompok hitam dan kusam. Ia juga dapat membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan berfungsi sebagai anti-penuaan.

Kolaborasi di antara Kamya Glow dan Neonate juga selari dengan matlamat mereka di mana kecantikan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman. Malah kolaborasi unik di KLFW ini juga melaungkan mesej bahawa kebangkitan dari zaman sukar sudah tiba. Semangat ‘Support Lokal’ dan tindakan di luar kotak menjadi pemangkin idea kolaborasi diantara Kamya Glow dan Neonate. Sumber : Media Hiburan

Sering Ditanya Soal Anak. Izzue Islam Mengaku Pernah Mengalami Stress Dan Tertekan.

Hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak terlepas berkenaan soalan mengenai cahaya mata.

Berkongsikan mengenai perkara itu dalam program temu bual Wanita Hari Ini, Izzue mengakui pernah berasa tertekan sering ditanyakan mengenai soal anak. Izzue berkata anak memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga namun belum rezeki untuk mereka menimang cahaya mata.

“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin, kawan baru sahaja dah dapat anak. Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.


“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan mengguris hati kita,” katanya.

Dalam pada itu, Izzue berkata meskipun belum dikurniakan cahaya mata, dia dan isteri Awin Nurin tetap bahagia serta sentiasa bersikap positif jika berdepan soalan tersebut.


“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stress. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah,” katanya. Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013. Sumber: Rotikaya.


loading...


Pemuda Ini Terus Ke Hospital Apabila Dia Kerap Sakit Perut. Tapi Tak Sangka Sekali Doktor Ini Sahkan Dirinya Mengandung.

Ramai yang takut untuk mendapatkan rawatan atau buat check-up di hospital kalau menghidapi sebarang penyakit kan. Admin bukan setakat nak pergi hospital, nak kena inject pun takut.  Namun, untuk seorang lelaki dari China ini pula, dia jadi makin risau pula selepas buat pemeriksaan kesihatan di hospital. Menurut Global Times, lelaki yang bernama Wu dari Zhongshan, selatan China, wilayah Guangdong ini telah ke hospital untuk check-up sebab dia mengalami sakit perut.

Namun, doktor yang bertanggungjawab merawat sakit perutnya itu telah mengesahkan dirinya mengandung. Dia kan lelaki sejati, macam mana pulak boleh termengandung ni?  Difahamkan, Wu telah menjalani ujian ultrasound setelah mengadu sakit perut di hospital terbabit. Ujian ultrasound itu pula menunjukkan dirinya mengandung dengan embrio normal. Mesti dia terkejut habis sebab tiba-tiba pulak lelaki zaman sekarang boleh mengandung.  Disebabkan dia terlalu terkejut dan tak boleh terima hasil pemeriksaan doktor tu, Wu telah meminta doktor terbabit untuk check semula.


Rupa-rupanya, ada kesilapan yang telah berlaku dan menurut doktor tersebut, ada petugas hospital yang terlupa untuk delete diagnosis pesakit sebelum Wu diperiksa. Difahamkan, salinan laporan yang sama dengan pesakit sebelum ini telah diberikan kepada lelaki tersebut. Doktor tersebut juga mengesahkan bahawa Wu tidak menghidapi sebarang penyakit kronik dan telah memohon maaf atas kesilapan terbabit. Jadi, dia sebenarnya tak mengandung pun, cuma ada kesilapan teknikal je. Buat orang panik je doktor ni. 


Kredit -Era Kini

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم