“Kita Adalah Anak Tiri Kepada Malaysia”-TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, bersuara mengenai isu yang berlaku dalam pasukan JDT dan memberikan pesanan kepada rakyat Johor bahawa mereka bukan sahaja dibenci dalam bola sepak malah dalam pelbagai aspek.



“Kita Adalah Anak Tiri Kepada Malaysia”-TMJ



Beri Fokus Pada Kemajuan, Bukan Pada Isu


ARTIKEL MENARIK:‘Sila Letak Jawatan Segera’! Ini Respon TMJ Kepada Pengurusan Bola Sepak Selangor




Menerusi Insta Stories, baginda memberikan nasihat buat penyokong JDT agar jangan fokus terhadap isu sebaliknya lebih kepada kemajuan.

“First, ref tak cukup bagus. Bukan game semalam sahaja , tetapi 70% of games dalam setiap pertandingan. Tetapi apa sahaja berkaitan JDT automatically akan diperbesarkan dalam setiap aspek.

So nasihat saya kepada penyokong JDT jangan fokus pada isu tetapi fokus kepada ‘PROGRESS’/KEMAJUAN’ Benda ni bukan benda baru. Dari 2013 cerita tak habis”- kongsi TMJ


loading...


“Kita Adalah Anak Tiri Kepada Malaysia”-TMJ


Selain itu, TMJ memberitahu kepada rakyat Johor bahawa mereka turut dibenci dalam aspek pentadbiran, politik, dan ekonomi. Malah baginda turut menyifatkan Johor sebagai anak tiri kepada Malaysia seperti Sabah dan Sarawak.

“Second, kepada bangsa Johor yang saya kasihi. Kita ni dibenci bukan sahaja dalam bola sepak tetapi setiap aspek. Contoh Pentadbiran, politik, ekonomi, dan lain-lain.

Kita kena terima iaitu kita adalah anak tiri kepada Malaysia, sama macam Sabah dan Sarawak.”- kongsi TMJ lagi


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post