Lepas keluar dari tahanan. Ada yang dedahkan personaliti anak SRK berubah seperti ini disebabkan truma.

PENGALAMAN dipenjara selama 25 hari selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang telah mengubah personaliti Aryan Khan.Anak teruna Shah Rukh Khan dan Gauri Khan itu dikatakan mengalami ‘trauma’ berikutan kejadian itu.

Lepas keluar dari tahanan. Ada yang dedahkan personaliti anak SRK berubah seperti ini disebabkan truma.



Bahkan, anak muda berusia 23 tahun yang selama ini terkenal gemar menghadiri majlis sosial, berpesta dengan rakan-rakan kini didakwa berubah menjadi seorang yang pendiam.

ARTIKEL MENARIK:Dkwaan keluarga ambil Nynaa tanpa izin adalah tidak tepat. Akhirnya Nynaa Harizal tampil beri penjelasan dan berharap suami dapat lepaskannya dengan baik.


Kenalan rapat kepada keluarga Shah Rukh Khan memberitahu sebuah portal berita, Aryan Khan lebih banyak menyendiri selepas mendapat jaminan pembebasan dengan menghabiskan masa di biliknya.

Selepas diberi jaminan pada 30 Oktober lalu, Aryan Khan tidak mempunyai keinginan untuk bertemu rakan-rakannya.Difahamkan, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan serta seluruh anggota keluarga itu memberi ruang dan masa kepada Aryan Khan untuk pulih dan kembali seperti kebiasaan.

Media tempatan turut melaporkan, sebagai orang tua yang prihatin dengan anak sendiri, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan akan melakukan apa sahaja demi memastikan mereka sentiasa berasa di sisi Aryan Khan.

Disebabkan itu juga, Shah Rukh Khan memilih untuk meraikan ulang tahun kelahirannya dengan menghabiskan masa kualiti bersama keluarganya di lokasi percutian Alibaug, Mumbai.

loading...


Dengan jadual penggambaran filem yang padat, Shah Rukh Khan dikatakan sedang membuat pertimbangan untuk mengupah pengawal peribadi untuk Aryan Khan.Aktor masyhur dunia itu akan berusaha melakukan apa yang termampu untuk memastikan keselamatan anaknya.

Pada awal bulan lalu, Aryan Khan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) India di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

NCB turut merampas sejumlah dadah dalam serbuan itu.Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.

Berikutan itu, Aryan Khan dan rakan-rakannya ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai sehinggalah mahkamah membenarkan dia diikat jamin.

Sumber: Berita Awani  via apampink


Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post