Luah rasa risau bekas suami nak jumpa anak. Warganet tegur Datuk Vida berhenti libatkan masalah keluarga di media sosial.

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida meluahkan rasa gusar apabila bapa kandung kepada anak-anaknya, Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,14, atau lebih dikenali sebagai Kacak datang ke kediamannya di Ipoh untuk melawat mereka.

Luah rasa risau bekas suami nak jumpa anak. Warganet tegur Datuk Vida berhenti libatkan masalah keluarga di media sosial.



Menerusi laman sosial Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.

ARTIKEL MENARIK:Caprice sahkan jadi suami orang, tiada niat rahsia


Menurut Vida, dia pening memikirkan jalan penyelesaian bagi perkara tersebut memandangkan kedua-dua anaknya belum bersedia untuk bertemu dengan bapa kandung mereka, Mohd Amin Yasin, 43.

“Tolong, seharian tak keluar bilik duk fikir. Mama sayang anak-anak mama.“Ayah Cik B dan Kacak datang Ipoh malam-malam nak jumpa Cik B dan Kacak tapi mereka belum bersedia. Apa patut saya buat?” tanya Vida di satu hantaran.


Malah menerusi satu siaran IG Live pada malam tadi, pengawal peribadi Vida yang dikenali sebagai Datuk Zack bergegas datang ke rumahnya setelah mengetahui perkara tersebut.Namun dalam pada kegusaran tersebut, ada segelintir wargamaya menegur Vida agar tidak membuka masalah keluarganya kepada umum.

Tambah mereka, Vida sudah cukup matang dan berpengalaman dalam mencari solusi tanpa melibatkan warganet Malaysia.“Keep private as private dato. Berhenti libatkan warganet dalam masalah keluarga dato, saya risau banyak keburukan daripada kebaikan.

Dato dah terlalu matang dan berumur untuk fikir baik buruk. Lagipun hak ayah dan anak tetap ada tak kira apa jadi,” tegur seorang wargamaya.

“Satu je, jangan sibuk sebar kat IG. Settle diam-diam. Tu kan masalah keluarga? Buat apa perlu nasihat warganet,” kata seorang wargamaya.

“Tanya anak-anak. Bukan cerita kat sini,” komen seorang wargamaya.

“Maaf dato, kadang-kadang ada benda kita perlu privasi. Bukan semua nak bagitau kat social media sebab andaian orang ni bermacam-macam dan kita tak mampu nak tutup mulut orang. Settle diam-diam,” ujar seorang wargamaya.

“Itu masalah dato la, bukan masalah warganet,” tulis seorang wargamaya.

“Hal family sendiri, settle sendiri la dato. Tu pun nak kena ajar. Nanti warganet kritik, warganet yang dapat dosa,” kata seorang wargamaya lagi.

Pada tahun lalu, Mohd Amin meluahkan rasa rindu terhadap Cik B dan Kacak dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.Amin juga mendakwa kali terakhir dia bertemu dua orang anaknya itu pada bulan Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu berlangsung hanya selama 15 minit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

loading...


Timbang Sekali Dengan Bakul Patutlah Mahal. Sekali Tak Boleh Berdiam Ini Yang Ds Vida Balas Balik.

Puas hati dan berbaloi. Itu kata Datu Seri Vida selepas menjamu selera di restoran tular ikan siakap kayangan ketika bercuti di Langkawi pada Rabu. Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang membayar RM 918 untuk beberapa hidangan termasuk ikan siakap menganggap jumlah yang dikenakan itu berpatutan bagi hidangan untuk dua orang.

“Saya makan 900 dengan pelbagai lauk itu sangat worth dengan rasa sedap dan keadaan yang cantik. Jangan malu tanya harga berapa, takut over bajet. Marilah ke Langkawi yang dah lama tak dikunjungi. InsyaAllah 2022 semua bisnes meroket. “Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tduhan mengatakan tuan kedai cekik drh,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan, Vida menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya Kacak ialah seekor ikan siakap seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain. Dia yang berpeluang bertemu pemilik restoran itu iaitu Norasyikin Musa turut dibawa meninjau keadaan sekitar restoran dan kolam sebelum menangkap ikan pilihannya.

Turut kelihatan mesin penimbang yang disediakan bersebelahan kolam bagi memastikan berat ikan yang dipilih. Selain itu, Vida turut bertanya kepada Norasyikin sama ada perniagaannya terjejas selepas i.su berkenaan. Dia juga memberi peluang peniaga itu menjelaskan berkenaan isu tular itu.

“Selepas itu itu tidak macam biasa pelanggan, perasaan malu adalah sebab kena caci, kena maki. Rasa macam tak sedap. Dia orang tak faham, ikan itu kita pelihara umur 11 tahun, untuk jangka masa itu purata makanannya bernilai RM 6,000 bagi orang berduit mungkin sikit tapi saya peniaga kecil nilai itu terlalu besar. “Pesanan saya pastikan anda tengok menu, tengok ikan dulu sebelum order,” ujarnya.

Vida bersama pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin

Dalam pada itu, ahli perniagaan sensasi itu turut mencadangkan nama restoran itu ditukar kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan marketing. Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada sasaran, namun ditolak inidvidu berkenaan.

Pada 4 November lalu, dilaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM 1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap. Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi sasaran penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70.

Ada Orang Komen Kira Sekali Bakul


Kredit : Mstar/FB via apampink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post