Anda semua mesti ramai sudah tahu bahawa Ikan merupakan salah satu sumber protein utama yang sangat penting pada badan kita.
Ramai orang yang makan berlaukkan ikan tetapi tidak semua ikan itu mempunyai rasa yang sama dan minat setiap orang mungkin berbeza.
ARTIKEL MENARIK:Selepas ramai desak minta one off RM10K, ini penjelasan KWSP kenapa mereka susah nak bagi
Walaupun memasak ikan tidak sukar, tetapi tetap juga ia memerlukan sedikit kemahiran asas yang perlu kita ketahui agar boleh mendapatkan rasa ikan yang berkualiti, bersih dan sedap dimakan.
Baru-baru ini seorang wanita berkongsikan cara siang untuk membuang cacing parasit yang terdapat pada badan ikan sebelum memasaknya.
Cara bersih dan siang ikan kerisi
Bagi yang dok tau lagi atau yang dok perasan selama ni,atas belakang ikan kerisi dekat sirip dia tu memang betul ada perasit seakan cacing, kebetulan ikan kerisi hok KakaMung boleh memang ada belake atas belakang ye tu cacing² halus tu..
Gunting sirip ikan
Jadi cara KakMung buang cacing² tu dengan ambik gunting, gunting sirip atas belakang tu pastu ambik lidi hok kita wat cukil gigi,cokeh buang cacing² hok ada tu,boleh katakan atas sekor ikan tu ada 2 3 ekor cacing halus tu,pastu baru beloh belakang dia..
Gambar cacing hok tu je dang KakMung ambik, Naik geli gelemang pulok KakMung tengok ke cacing-halus halus tu..
Ikan kerisi memang sedap weh,nok-nok kalau goreng belah blakang atau masok singgang pedah..lepas cuci bersih boleh lah kita masak setmung
Bahagian tepi sirip ikan kelihatan cacing ‘bersembunyi’.
Gunting dan buang bahagian sirip ikan.Boleh nampak jelas ada cacing berwarna merah di bahagian tersebut. Bleh guna pencungkil gigi untuk menarik dan membuang cacing di situ yang kebiasaaannya ada 2,3 cacing halus.Di bawah ini adalah cacing-cacing yang sudah dikeluarkan daripada ikan
Ikan kerisi memang sedap untuk dimakan, dan anda tidak perlu bimbang dengan cacing-cacing halus tersebut, biasanya jika tidak dibuang pun ia akan mati apabila dimasak.
Kredit: Solina Mahmud
Lepas Dapat Tahu Cara Penghasilan Makanan Ini. Kilang Terus Diarahkan Tutup Untuk Operasi Pembersihan.
SEBERANG PERAI – Penggemar tauhu dan belacan pastinya akan hilang selera jika mereka mengetahui premis yang memproses produk makanan itu di dua buah kilang di sini berada dalam keadaan kotor sehingga diarahkan tutup.
Pengusaha kilang tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini dan sebuah lagi premis menghasilkan belacan di Butterworth diarah untuk menutup operasi mereka selama dua minggu mulai semalam bagi kerja-kerja pembersihan.
Tindakan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 tersebut dibuat susulan penemuan najis tikus di kedua-dua premis terbabit, malah belacan yang dijemur di sebuah kilang dipercayai turut dipijak oleh pekerja di situ.
Kedua-dua produk makanan tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan di sekitar Pulau Pinang sahaja.
Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri, Mohd. Wazir Khalid berkata, najis tikus itu ditemui bertaburan di dalam stor makanan dan barang-barang di kedua-dua premis berkenaan dalam Ops Bersih yang dijalankan semalam.
Menurutnya, serbuan pertama dibuat terhadap sebuah kilang memproses tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor yang dipercayai telah beroperasi selama 10 tahun.
“Sebenarnya, kilang ini pernah diperiksa lebih dua bulan lalu, namun operasi pemeriksan yang dijalankan pihak berkuasa ketika itu hanya melibatkan soal pematuhan SOP (prosedur operasi standard) pencegahan Covid-19.
“Bagaimanapun, apabila kilang itu diperiksa semula hari ini (semalam), kami telah menjumpai najis tikus di dalam stor makanan dan barang-barang mereka,” katanya kepada pemberita semalam.
Mohd. Wazir memberitahu, selain najis tikus, keadaan kilang tauhu terbabit juga kotor dengan lebihan tauhu bersepah di atas lantai dan di sekitar mesin penghasilan makanan itu.
Dalam serbuan kedua, Mohd. Wazir berkata, kilang memproses belacan di Butterworth dipercayai telah beroperasi lebih lima tahun tanpa memiliki lesen perniagaan yang sah dan menggunakan logo halal meragukan.
Katanya, operasi premis terbabit dipercayai berselindung di sebalik sebuah kilang lain iaitu kilang memproses gaharu yang dipercayai mempunyai ikatan saudara dengan pemilik kilang memproses belacan itu.
“Kilang kedua yang diserbu ini juga mempunyai masalah berkaitan tahap kebersihan apabila belacan yang dijemur untuk diproses itu dipercayai turut dipijak oleh pekerja di situ,” ujarnya.
Mohd. Wazir memberitahu, dalam operasi itu, pihaknya mendapati lapan hingga sembilan pekerja di kedua-dua kilang terbabit belum mendapat suntikan typhoid dan mereka turut dikenakan kompaun secara individu untuk kesalahan itu.
Katanya, kesalahan lain yang turut dikesan dalam serbuan itu termasuk peralatan yang digunakan kotor, tidak memakai sarung tangan dan penutup kepala.
“Secara keseluruhannya, kami telah mengeluarkan sebanyak tujuh notis kompaun bernilai RM12,000 atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan terhadap premis-premis terbabit,” ujarnya.
Selain 15 anggota Jabatan Kesihatan negeri khususnya BKKM, Ops Bersih itu turut disertai dua anggota penguat kuasa daripada Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Sumber: Kosmo.
Disebabkan Tidak Jaga Permakanan Beby Tora Sekali Lagi Dikritik Teruk Oleh Warganet. Sampai Sanggup Kaitkan Tentang Zuriat.
“Kalau mentua dia masih ada mesti dalam hati sedih dan malu menantu selekeh dan kuat makan. Patut tak ada zuriat, tak jaga pemakanan,” demikian tulis warganet di laman sosial TikTok milik pempengaruh, Beby Tora.
Kasar dan mengguris hati, komen terbabit mendapat reaksi panas dalam kalangan warganet termasuk pelawak dan penyanyi Achey.
Katanya; “Terasa I tau… tapi kena ingat kebahagiaan da rezeki datang pelbagai cara.”Beby Tora yang popular dengan video reviu makanan berkongsi komen terbabit dalam satu hantaran video dirinya sedang menikmati maggi oden.
Dihujani komen-komen mengkritik fizikal dan rezekinya yang masih belum dikurniakan zuriat, Beby Tora akui tersinggung.
“Saya dapat komen negatif juga tapi biasa saya buat tak hairan. Tapi adakalanya saya rasa insecure dengan diri kita, rasa macam tak mampu nak bagi yang terbaik untuk suami kita.
“Sebab sampai sekarang kita masih tak mengandung lagi. Kadang-kadang kita okey sebenarnya sebab family dan followers support kita.”Bila kerap baca komen negatif dan tak elok, jadi down, sedih.
Orang tak tahu kita sedih seorang diri. Lagi sedih orang yang terlalu ambil tahu pasal saya.”Komen kat saya ‘sebab makan banyak fast food sebab tu tak boleh pregnant‘, ‘badan besar sangat sebab tu tak boleh pregnant‘.
Kadang-kadang saya rasa orang tak patut pun cakap macam tu,” katanya.Dalam pada itu, Beby Tora berharap agar pengguna media sosial menulis komen yang lebih murni, berhemah dan lebih menjaga sensitiviti individu terutama wanita senasib dengannya.
“Orang kat luar sana faham perasaan tak dikurniakan anak ni. Mungkin kalian diberikan rezeki anak lebih awal, tak berhak cakap macam tu. Better diam je.”Tak apa Allah tak bagi sekarang, Allah akan bagi nanti di akhirat,” tambahnya.
Sumber: Gempak.
Kredit -Era Kini
Post a Comment