“Suami taik judi”. Krn aku xbg duit, suami biar aku bersalin sorg2. Aku nekad bw anak lari. Tp aku msih terperangkap

Foto sekadar hiasan 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku Nana, pertama sekali aku nak minta maaf kalau penulisan aku berterabur memandangkan ini kali pertama aku menulis dekat sini tambahan pula tulis bila sambil menangis.

“Suami taik judi”. Krn aku xbg duit, suami biar aku bersalin sorg2. Aku nekad bw anak lari. Tp aku msih terperangkap





ARTIKEL MENARIK:Frontliner Berniat Kenakan Wanita Ini Dengan Berpura Pura Menyamar Sebagai Petugas Kesihatan Tapi Akhirnya Ini Yang Terjadi.


Aku kenal suami aku dari tahun 2011 lagi. Masa tu aku tengok dia budak yang baik. Kami sebaya. Waktu tu umur kami baru 18 tahun. Kami selalu chat dan berbalas komen dekat facebook. Lama lama kami pun mula bercinta. Sepanjang awal bercinta, dia sangat baik dengan aku.

Sampai kan satu hari tu aku kesian dekat dia tak ada duit untuk isi minyak motor. Waktu tu kami student, duit tak banyak mana. Aku ada RM50 saja masa tu. Dengan baik hati nya aku ni, aku bagi dia RM25, dan aku simpan RM25 untuk aku.

Andai dapat aku putar balik masa, tak akan aku tolong masa tu. Bermula titik hitam dalam hidup aku sejak tu dia mula berani minta duit dekat aku. Kalau aku tak bagi, dia akan maki maki aku.

Aku tak tahu kenapa aku sangat sayangkan dia, sedangkan selama ni aku susah nak sayang orang. Ex aku sebelum dia juga selalu minta aku topupkan. Sebabkan tak tahan aku minta putus.

Tapi dengan dia ni macam susah sangat aku nak minta putus. Entah lah kenapa. Habis duit PTPTN aku dia asyik minta saja.

Dah bertahun lama nya aku dengan dia, baru aku tahu dia seorang kaki judi. Patut lah asyik mintak duit aku saja.

Tahun 2017 dia masih sama. Habis duit gaji aku dia minta. Masa tu dia kantoi curang pula. Sakit nya hati aku masa tu. Rupanya dia curang sebab nak duit saja dengan perempuan tu.

Masa tu aku memang tekad nak putuskan hubungan ni. Tapi dia pandai. Pandai ambik hati aku yang lemah ni.

Dia merayu rayu minta aku supaya tak tinggalkan dia. Dia janji nak kawen dengan aku dan akan berubah untuk tidak jadi seorang kaki judi lagi. Dia pun mula bekerja dekat sebuah hotel berhampiran rumah dia. Aku mula yakin dia akan berubah.

Tahun 2018, kami diijabkabulkan. Sumpah, demi Allah aku menyesal sangat kawen dengan dia. Dia tak berubah. Ya.. langsung tak berubah.

Hari hari kami bertekak di rumah sewa. Semua sebab duit. Masa tu memang aku tak bersedia untuk ada anak sebab aku fikir, kalau cerrai ada anak nanti aku yang susah.

Nak dijadikan cerita, Allah bagi rezeki awal dekat aku, aku pregnant. Aku ingat ada anak mungkin dia akan berubah.

Sepanjang mengandung hari hari dia buat hal. Hari hari aku stress, aku menangis. Sampai la kandungan aku dah masuk 9 bulan, waktu aku dah bersalin dia langsung taknak datang hospital sebab dia marah marah aku tak bagi dia duit.

Ya Allah.. aku sakit masa tu. Aku bersalin secara Czer, anak aku pula kuat menangis. Meraung aku dekat katil hospital sebab stress sangat. Sampai ada doktor tenangkan aku masa tu.

Tapi lepas aku balik, aku pantang dekat rumah mak aku. Masa tu dia jadi baik. Tiap malam dia yang jaga anak aku. Dia datang tolong aku macam macam. Dia tak minta duit pun. Masa tu aku bersyukur sangat. Aku rasa dia dah berubah.

Aku happy sangat sangat tengok perubahan dia. Rupanya tak lama, start aku habis pantang dan dah mula masuk kerja, jadi semula perangai dia. Masa tu dia dah berhenti kerja. Dia tak kerja! Aku yang tanggung dia. Aku yang tanggung anak aku sorang sorang.



loading...


Tahun lepas (2020) kami bergaduh besar. Kesian anak kecik aku, tak sampai setahun menangis nangis tengok kami bertengkar. Aku bawak semua baju aku, aku lari bawa anak aku. Aku pergi rumah mak ayah aku.

Tapi aku cerita benda baik baik saja pasal dia dekat family aku. Jadi family aku tak tau aku lari rumah dan lari dari dia. Family aku ingat dia dapat kerja jauh.

2 minggu aku dengan anak aku berkampung dekat rumah mak ayah aku, dia whatsapp aku merayu rayu minta maaf dan nak berbaik semula.

Aku bagi dia syarat, nak aku dan anak dia kena kerja. Cari rumah lain (sebelum tu kami duduk dengan parents dia). Dia pun bersungguh sungguh cari rumah dan cari kerja. Dia mula bekerja dan kami duduk dekat rumah baru tiga beranak.

Dia bagi kad bank dia dekat aku. Jadi bila gaji, aku keluarkan untuk settle barang dapur dan hal hal rumah.

Dia dah mula tak melepak dengan kawan sepanjang setahun duduk dekat rumah baru. Entah macam mana, kawan kaki judi dia tu ada dekat sini balik. Dia mula minta balik kad bank dia.

Sejak tu setiap kali dia gaji kami mesti bertengkar, sebab beratus ratus gaji dia habis ke judi. Sampai la sekarang.

Ya Allah, aku buntu. Dah banyak kali aku minta cerrai. Tapi dia tak nak. Kenapa nak siksa aku lagi?

Ikutkan dah banyak kali aku kuatkan hati nak pergi mahkamah tuntut fasakh. Tapi aku baca macam macam kena bayar kalau berurusan dengan mahkamah. Aku mana ada duit.

Gaji aku cukup cukup makan. Aku nak bercerrai. Tolong aku…

Reaksi Warganet

Fahreeza Kamell –
Citer lebih kurang macam kawan aku jugak ni. Tapi dia nafkah tak dapat, anak dua. Hari hari bising dekat aku, nangis nangis. Last last aku cakap “kak, kalau akak nak hidup dengan dia, telan buruk baik dia. Jadikan sebati dengan diri akak, terima diri dia memang macam tu. Tapi kalau tak nak, pintu pejabat agama sentiasa terbukak”.

Dia jawab, “tu la akak masih sayang dekat dia”. Nampak tak?. Bagi nasihat 10 kali pun tak guna. Keputusan pada tangan kamu. bukan keluarga, bukan kawan kawan. Diorang support je..

Nia Iza Nurul –
Dik, kak nak cerita. Satu kisah yang tragis dari pengalaman kak sendiri.

Saudara kak terdekat, suami dia kaki Judi sabung ayam yang tegar. Dia macam adik, dia cerita pada Kami yang baik baik saja pasal laki dia. Sehinggalah suami dia meninggal pada usia 47. Lepastu dia teruskan hidup macam biasa.

Kami pernah datang ziarah dia dan anak anak 3 orang dekat rumah. Tapi masa Tu dia nampak stress dan hidup dalam keadaan daif. Bila Kami tanya, dia jawab takde apa apa. 2 tahun Lepas suami dia meninggal, dia strok. Major strok. Bedridden terus. Sedih Kami ziarah dia. Hanya Mata je bergerak, seluruh tubuh dia lumpuh.

Sebulan lepastu, dia meninggal. Masa ni baru Kami dapat tau, aruwah berhutang RM 200k. Dengan pelbagai agensi Dan ahlong. Ahlong pegang kad bank dia, sampai dia Ada Baki 300 je tiap tiap bulan. Dia buat hutang semata mata untuk Judi sabung ayam laki dia.

Allahu, terkejutnya kami bila dapat tau. Hutang ahlong saudara kami lain selesaikan. Dia merana kerana perbuatan laki dia sampai bawa maut. Anak anak dia Masih kecik, sulung 16, 10, 4 tahun.

Kesiankan awak dan anak awak dulu. Lari jauh jauh Dari laki tak guna awak. Jangan tunggu sampai mati. Mintak fasakh. Jangan jadi macam saudara saya. Sayang diri awak Dan anak awak. LARI DIK, LARI. DENGAR NASIHAT KAK. LARI DAN MINTAK FASAKH. JANGAN TUNGGU LAGI. KAKI JUDI TAKKAN INSAF

Mohd Roslan –
Confession ni sebenarnya bukan nak tau cara selesai masalah. Sebab dia sendiri sebenarnya tau macam mana nak selesaikan masalah tu.

Tapi confession ni nampak lebih kepada nak share masalah, mintak orang faham dia dan bagi semangat dekat dia. Katakan je pada dia macam ni..

“Takpe dik, bukan salah adik pilih kaki judi sebagai suami, tapi salah suami adik tu tak nak berubah. Sabar ya”.

Masalah tak selesai takpe..

Fara Faizal –
Kalau rasa harga diri awak tahap sampah, biarkan je dia layan awak macam sampah sampi bila bila.

Kalau rasa diri awak ada harga, buat cara ada harga. Cara awak biarkan orang layan awak tu tanda aras awak tetapkan harga diri awak macam mana.

Benda paling basic, berhenti la dok harap orang akan berubah. Judi, ar4k, kaki pompuan, kaki pkul, orang dekat pejabat agama pun suruh move on.

Sumber – Nana (Bukan nama sebenar) via IIUMC  via Edisi Media !

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post